26 Ogos 2013
Posted by jinson on 26.8.13
No comments
KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2013: Penyanyi dan pelakon, Shajiry atau nama sebenarnya Mohamad Shajiri Damery, 39, yang baru saja melangsungkan perkahwinan pada 1 Jun 2013 bersama wanita pilihannya, Yusnita Yusuf ternyata gembira dengan sambutan Aidilfitri pada tahun ini.
"Sejujurnya, raya tahun ini memang banyak berbeza. Dulu, saya hanya menyambutnya bersama ahli keluarga. Kali ini saya sudah ada dua buah keluarga. Dulu saya memang ada buat open house juga.
"Namun, kemeriahannya lebih terasa apatah lagi dengan adanya anak-anak yatim dari rumah kebajikan Gombak datang ke majlis ini.Pada raya pertama tahun ini saya telah beraya di rumah sanak-saudara keluarga sebelah isteri saya. Selepas itu, petang raya saya pulang ke kampung saya di Perak," ujarnya panjang lebar.
Bercerita mengenai detik pertemuan bersama isterinya itu, Shajiry mengakui bahawa Yusnita adalah kenalan lamanya.
"Saya kenal isteri saya sudah lama. Saya kenal dia pun melalui kawan saya. Lepas berkenalan, kami menjadi rakan perniagaan. Lama-lama tu kami jadi rasa serasi. Kemudian, saya berfikir kenapa tidak saya berkahwin dengan dia.
"Saya terima dia pun jadi isteri sebabnya dia prihatin tentang saya. Dia selalu menasihati saya bukan saja dari tingkah laku dan pakaian saya. Adakalanya kita tidak tahu kelemahan kita. Namun, selepas adanya dia di sisi saya, saya rasa sangat berbeza.
"Terus-terang, saya ni ada tabiat suka gigit kuku. Bila dia ada bersama saya, dia selalu tegur saya. Isteri saya sekarang ini bekerja sendiri dengan membuat perniagaan katering. Sebelum ini, dia ada butik kecantikan," jelasnya.
Bercerita mengenai kariernya pula, Shajiry kini lebih kerap menjadi pelakon berbanding penyanyi. Malah, dia juga sibuk menguruskan perniagaan secara online bersama isterinya.
"Saya dan isteri buat business online jual perfume, baju kurung dan rokok elektronik. Insya-Allah, kami akan lebarkan sayap lagi dalam bidang perniagaan dengan menjadi wedding planner pula. Kami akan terlibat dengan satu festival perkahwinan yang akan diadakan di Shah Alam pada September ini.
"Sejujurnya, dia memang tidak kisah saya terus jadi artis. Malah, business yang saya buat ini pun lebih kepada untuk isteri menguruskannya. Tentang anak, kami tidak merancang. Namun, kami berharap dapat dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.
"Kami sudah pun pergi bulan madu ke Bali. Kami pergi beberapa hari selepas majlis kahwin kami. Masa tu kami agak penat. Jadi, kami merancang untuk berbulan madu sekali kami. Tempat masih belum tahu lagi. Tapi dalam fikiran kami akan pergi berbulan madu di tempat yang sejuk," jelasnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Ogos
(279)
-
▼
Ogo 26
(23)
- Ustaz Kazim Elias Masuk Hospital
- (TAHNIAH) Farah Asyikin Kini Hamil 9 Minggu
- Biar Betul! Wanita mengandung maut makan lemang be...
- Berhati-hati dengan jenayah terbaru di Malaysia!
- VIDEO!! 4 PUNG GUNG WANITA DIJADIKAN ALAT MUZIK!
- Biar Betul! Budak 13 Tahun Menyelinap Di Bahagian ...
- Sebab-sebab Sirul dan Azilah bebas dari tuduhan bu...
- Lelaki meninggal dimakan buaya didalam pesta
- Biar Betul!!! (5 Gambar) Gigi Artis Hollywood Madonna
- Ape Hal ! Remy Ishak Cari Pasal Dengan Henry Golding?
- Bakal Berlakon, Shila Amzah Nyanyi Lagu Tema Chine...
- Panazzz! Zaquan Adha Bidas Rita Rudaini di Twitter
- Eravaganza: Peluang WebChat Bersama Aril Dan Shac ...
- Isteri Selalu Tegur Tabiat Gigit Kuku Shajiry
- I'M PROUD TO BE MALAYSIAN SAY INTERNATIONALLY-ACCL...
- Bakal Berkahwin: Vince Bakal Mengahwini Pramugari ...
- Aduhh!! Norshila Amin Melecur Tangan, Kaki & Wajah...
- Bomoh ‘Rawatan Islam’ Dicekup Ketika Cuba Berjimak...
- Masyaallah! Ayah Rentung Depan Mata
- Panas!!! Laman Facebook Dikesan Hina Sultan Johor
- Ngeri! Tubuh Hancur Dikisar Mesin Tandan Kelapa Sawit
- Suami Isteri Maut, Dua Anak Terselamat
- Panas!!! Gay Melayu Muat Naik Gambar Bercumbu Di F...
-
▼
Ogo 26
(23)
-
▼
Ogos
(279)
0 ulasan:
Catat Ulasan