26 Ogos 2013

Posted by jinson on 26.8.13 No comments
Sebuah laman Facebook menggunakan nama Rejimen Anarki (Gerila Malaya) dikesan menghina secara terang-terangan Sultan Johor dan program tahunan yang dianjurkan tuanku bersama rakyat, Kembara Mahkota Johor. Penghinaan lain yang diungkapkan oleh admin Facebook ini, termasuk mempertikaikan dana dimiliki sultan dan sikap peribadi baginda. Dia juga tidak menunjukkan gentar apabila digertak sebilangan pemberi komen malah meminta agar kutukannya kepada sultan diberitahu kepada polis dan juga kesultanan Johor. Jika mengikut rekod sebelum ini, pihak berkuasa tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan. Sama-samalah kita nantikan nasib anak Malaysia yang berani tak bertempat dan terlalu lancang ini.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog