26 Ogos 2013

Posted by jinson on 26.8.13 No comments
Eravaganza: Peluang WebChat Bersama Aril Dan Shac ERA fmKUALA LUMPUR, 26 OGOS 2013: Dua penyampai radio dari stesen radio No. 1 negara, ERA fm iaitu Aril dan Shac akan hadir di pejabat Murai sebentar lagi ini untuk sesi webchat bersama peminat. Dan inilah peluang untuk anda semua pembaca Murai untuk beramah mesra dengan kedua-dua mereka di samping bertanyakan khabar dan info untuk Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA yang akan diadakan pada 31 Ogos ini di Stadium Hang Jebat, Melaka. Seperti yang diwar-warkan, istimewa pada hari tersebut, satu perlawanan bola sepak persahabatan akan diadakan di antara ERA FC berentap dengan Arena All Stars FC di mana ERA FC akan dibarisi Adifashla, Zahid, Aril, Ray, Johan, serta barisan selebriti seperti Firman, W.A.R.I.S, Nomad, Shae, Soo Winci, Black dan Fiq dan beberapa pemain Harimau Muda. Manakala barisan Arena All Stars FC pula akan dibarisi Santokh Singh, Soh Chin Aun, Azman Adnan dan barisan penyampai Astro Arena. Selain khabar terkini, anda boleh bertanyakan kepada Aril dan Shac tentang persiapan ERA FC untuk berhadapan dengan barisan pemain-pemain lagenda ini serta sejauh mana keyakinan ERA FC untuk menewaskan mereka. Turut diadakan pada sebelah malam hari yang sama ialah konsert Eravanganza yang mana ianya akan dihangatkan oleh barisan penyanyi popular seperti Faizal Tahir, Forteen, Black, Najwa Latiff, W.A.R.I.S, Shae dan Firman. Anda juga boleh menyampaikan ucapan ulang tahun ke-15 ERA fm yang disambut baru-baru ini selain ucapan raya dan salam kemerdekaan kepada Aril dan Shac. Nantikan kemunculan mereka berdua Isnin ini dan jangan lepaskan peluang untuk berchatting dengan mereka bermula jam 1 hingga 2 petang hanya di portal murai.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog