26 Ogos 2013

Posted by jinson on 26.8.13 No comments

Sukar digambarkan kesedihan dirasai empat beradik ketika melihat ayah mereka mati terbakar selepas van Nissan Vanette dinaiki mereka berlanggar sebuah kereta di Kilometer 11, Jalan Lok Heng-Mawai, di sini, semalam.
 Dalam kemalangan jam 9.15 pagi itu, anggota polis berpangkat koperal, Daud Talib, 46, rentung selepas tersepit di tempat duduk pemandu dan gagal diselamatkan.
 Turut terkorban dalam kemalangan jam 9.15 pagi itu ialah Adibah Hashim, 48, pemandu kereta Proton Iswara yang bertembung van dipandu Daud.
 Isteri Daud, Salina Kadis, 44, parah manakala empat anak dan tiga anak saudara berusia lima hingga 17 tahun yang berada dalam van sama cedera ringan.
 Kejadian berlaku apabila Adibah hilang kawalan sebelum kereta dipandunya termasuk ke laluan bertentangan dan bertembung van dinaiki Daud sekeluarga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog