KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2013: Penyanyi Ainan Tasneem memberitahu bapanya telah meletakan beberapa syarat kepadanya sekiranya dia ingin terus komited dalam bidang nyanyian. Antara syarat tersebut ialah seperti menjaga maruah diri, merendah diri dan bersederhana serta tidak lupa tujuan asal untuk bergelar penyanyi sepanjang mencipta nama dalam bidang seni ini. Perkara ini diakui sendiri oleh bapa penyanyi itu, Dr. Ridzuan Mohd Sagir yang ditemui ketika ditemui Majlis Pelancaran Album Sulung Ainan Tasneem di Hotel Royal, Jalan Raja Chulan pada Selasa lalu Dr. Ridzuan memberitahu kepada media pada mulanya dia keberatan untuk membenarkan anaknya itu terlibat secara serius dalam bidang nyanyia Jika boleh, dia mahu melihat Ainan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya terlebih dahulu dalam bidang Kejuruteraan Bioproses di Universiti Malaysia Perlis. Bagaimanapun, Ainan memilih untuk tetap memberi fokus kepada bidang nyanyian dan ini menyebabkan Dr.Ridzuan meletakan beberapa syarat berupa arahan kepada anak gadisnya itu. Ainan yang mempunyai minat mendalam dalam bidang seni akur dan tidak kisah untuk mengikuti semua syarat yang ditetapkan itu asalkan bapanya memberi restu Gadis berusia 20 tahun itu kini berjaya melancarkan album sulungnya berjudul 'Aku Suka Dia' yang mengandungi lima buah lagu dan diterbitkan oleh syarikat MVM Productions. Menurut Ainan, album itu adalah hadiah kepada para peminat yang telah menyokongnya selama ini dan bersyukur kerana impian untuk memenuhi permintaan peminat untuk melihat buah tangan darinya, tercapai. Katanya lagi, dia akan tampil dengan album penuh pada penghujung tahun ini dan akan mempelbagaikan genre muzik untuk pendengar. Antara lagu yang dimuatkan adalah Aku Suka Dia, 150 Juta, Kamu Saja, Tak Mungkin Akudan Aku Keliru.
5 Julai 2013
Posted by jinson on 5.7.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Julai
(422)
-
▼
Jul 05
(15)
- Tahniah! Anne Ngasri Kini Mengandung
- TERBONGKAR- Bagaimana Untuk Mengelak Saman Parking...
- Kini Maria Farida Pula Tampil Bongkar Kisah Hidup ...
- How to live like the Great Gatsby.
- Japan's Kanebo recalls cosmetics over skin stain f...
- Australia PM in Indonesia for talks on asylum-seek...
- No risk of pandemic yet from MERS virus: scientists
- Doctors deny Mandela in 'vegetative state'
- Akhirnya, Metallica Bikin Konsert Di Malaysia 21 O...
- Gamat Kecewa, Berhenti Kerja Demi Raja Lawak 7
- Sikap Romantik Adi Putra Dalam Teduhan Kasih Digilai?
- Min Yasmin Terima Jika Jodohnya Dengan Julfekar
- One Republic Native Tour Ke Malaysia Oktober Ini!
- Nash Dah Jumpa Pengganti, Mahu Kahwin Tahun Ini
- Bapa Pesan Supaya Ainan Tasneem Jaga Maruah Diri
-
▼
Jul 05
(15)
-
▼
Julai
(422)
0 ulasan:
Catat Ulasan