5 Julai 2013

Posted by jinson on 5.7.13 No comments
Nash Dah Jumpa Pengganti, Mahu Kahwin Tahun Ini

Setelah gagal dalam perkahwinan dan bercerai pada tahun 2009, akhirnya bekas vokalis kumpulan Lefthanded, Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias akui sudah berjumpa dengan seorang wanita yang sesuai untuk dijadikan isterinya. Malah, Nash yang akui kesunyian sejak bercerai dengan Sosilawati itu berkata, dia menyimpan hasrat untuk mengahwini wanita berkenaan pada tahun ini juga. "Secara jujurnya, hati saya berdegup apabila melihat orang lain berpasangan di majlis-majlis keraian dan sebagainya sedangkan saya masih sendiri. Namun barangkali, saya masih single sehingga kini saya mungkin akui saya agak memilih kerana saya mencari wanita yang asli yang boleh menjadi isteri yang baik untuk saya. Yang penting dia seorang wanita yang cukup ilmu agamanya. "Bagaimana pun, saya sudah berjumpa dengan seorang wanita yang saya rasakan dia memang sesuai untuk saya jadikan pilihan hati saya tetapi saya agak segan untuk meluahkan rasa hati saya kepadanya walaupun masing-masing rasanya memendam perasaan yang sama. "Namun saya akan cari jalan untuk meluahkan rasa hati saya dan memberitahu hajat saya untuk mempersiterikannya. Malah, saya berdoa siang dan malam kepada Allah suapaya dapat tunaikan hajat saya berkahwin dengannya pada tahun ini juga, Insya Allah," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Festival Kuala Lumpur dan Festival Muzik KL 2013 yang diadakan di Maju Junction Tower, petang semalam. Nash sebelum ini pernah bernikah dengan Sosilawati pada 16 November 2006 di Batu Pahat Johor, namun perkahwinan itu gagal diselamatkan dan mereka disahkan bercerai pada 26 Mei 2009. Dalam pada itu, Nash turut berkongsi, wanita yang dikenali sejak setahun yang lalu itu bukanlah dari orang di kalangan industri sebaliknya wanita biasa yang belum berkahwin dan berusia dalam lingkuang 30-an. "Saya memang tidak mahu mencari isteri yang d ikalangan selebriti dan saya lebih suka mendekati wanita biasa. Saya terpikat dengannya kerana dia seorang yang bijak bertulisan jawi dan sering menggunakan tulisan itu di dalam diari hariannya. "Saya rasa dia wanita Melayu yang asli dan punya nilai keIslaman dan kerohanian yang tinggi kerana dia adalah seorang wanita yang bukan sahaja bertudung malah berhijab. Maksud saya dia seorang yang menjaga auratnya," luahnya lagi. Mengenai perkembangan terbaru Nash, dia bakal beraksi di Festival Muzik Kuala Lumpur 2013 di Pentas Utama Jalan Raja pada 7 Julai ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog