5 Julai 2013

Posted by jinson on 5.7.13 No comments
Akhirnya, Metallica Bikin Konsert Di Malaysia 21 Ogos Ini

Penantian peminat Metallica untuk melihat kumpulan heavy metal ini beraksi di Malaysia akhirnya bakal menjadi kenyataan. Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pihak Galaxy Group hari ini, kumpulan heavy metal lagenda yang popular dengan lagu karya agung, Master Of Puppets bakal beraksi di hadapan peminat setia mereka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 21 Ogos ini. Konsert yang dinamakan Metallica Live in Malaysia 2013 ini dianjurkan Galaxy Group dengan kerjasama LAMC Productions dan Rockstar Touring serta mendapat sokongan daripada Malaysia Major Events semepna Tahun Melawat Malaysia 2014. Ditubuhkan pada 1981, Metallica yang kini dianggotai Kirk Hammett, Lars Ulrich, James Hetfield and Robert Trujillo telah menghasilkan lagu-lagu yang hits. Misalnya, Enter Sandman, The Unforgiven, Nothing Else Matters, Wherever I May Roam, and Sad but True. Manakala, The Black album yang dihasilkan pada 1990 pula dianggap sebagai album studio terbaik mereka kerana ia mula menyaksikan peralihan Metallica dalam arena mainstream. Tiket berharga RM680, RM550, RM450, RM380, RM350 dan RM195 dijual secara eksklusif di Fahrenheit 88 KL (concourse area, ground floor) from 11.30am hingga ke atas. Manakala bermula Isnin, tiket Metallica akan turut dijual di kaunter Galaxy di Mid Valley, Sg Wang serta laman Ticket Charge, www.ticketcharge.com.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog