5 Julai 2013

Posted by jinson on 5.7.13 No comments
One Republic Native Tour Ke Malaysia Oktober Ini!

KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2013: Masihkah anda ingat bait lirik "That it's too late to apologize, it's too late, I said it's too late to apologize, it's too late" yang membawa kumpulan rock berasal daripada Colorado, One Republic menempa nama di persada dunia muzik antarabangsa dengan single Apologize tersebut. Dibarisi vokalis yang juga pencipta lagu ternama, Ryan Tedder, One Republic kini dalam rangka siri jelajah mereka yang diberi nama One Republic Native Tour yang akan berlangsung di Malaysia pada 31 Oktober ini dibawakan khas oleh JS Concert. Bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon kumpulan rock ini akan menghiburkan peminat mereka dengan seleksi lagu-lagu hits mereka seperti Stop And Stare, All the Right Moves, Secrets, Good Life dan sudah tentunya Apologize. Mereka juga akan memainkan single terbaru mereka iaitu Feel Again dan If I Lose Myself dipetik daripada album terbaru mereka, Native. Dilancarkan pada penghujung Mac lepas, Native cuba digambarkan sebagai medium atau perantara buat kumpulan ini mendekati peminat mereka daripada seluruh dunia. Antara ucapan Ryan mengenai pemilihan nama album serta siri jelajah ini, "Sebagai band daripada Amerika, kami mahu menghubungkan semua pendengar tanpa mengira sempadan. Native yang membawa maksud tempatan (local) juga asli adalah pengertian yang tepat menggambarkan karya kali ini. We want to be local to everybody." Berbeza dengan album sebelum, Native tampil dengan rentak yang lebih rancak berbanding hits-hits mereka sebelum ini yang boleh diklasifikasikan berentak slow rock serta agak melankolik. Ini sebagai langkah mereka membawa muzik mereka merentasi genre muzik lain dan sebagai salah satu cara One Republic bereksperimentasi. Kedengaran seperti sesuatu yang menarik menanti peminat One Republic di Malaysia dan jangan lepaskan peluang anda untuk menonton konsert One Republic Native Tour pada 31 Oktober ini di Surf Beach Sunway Lagoon, Bandar Sunway. Konsert dijangka akan bermula pada jam 8.30 malam dan para peminat boleh membeli tiket anda mulai 5 Jun dan dapatkan promosi potongan harga pre-sale yang akan berakhir pada 5 Julai ini. Lawatilah www.ticketpro.com.my dan semua kaunter Ticket Pro seperti Rock Corner, Victoria Music dan Guitar Store berdekatan anda. Hubungi 03-7880 7999 serta www.jsconcert.com untuk maklumat lanjut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog