5 Julai 2013

Posted by jinson on 5.7.13 No comments
Sikap Romantik Adi Putra Dalam Teduhan Kasih Digilai?

Drama bersiri Slot Akasia, Teduhan Kasih yang dibintangi oleh aktor kacak, Adi Putra telah menjadi fenomena di kalangan peminat drama bersiri tempatan sehinggakan ia pernah mencatat sebanyak 3.2 juta penonton sejak ditayangkan di TV3 bermula 15 Mei lalu. Malah,
 Teduhan Kasih yang berakhir semalam itu telah mendapat sambutan ramai peminat wanita terutamanya yang meluahkan rasa teruja mereka di laman sosial seperti Facebook dan Twitter kerana terlalu menggilai watak Adi Putra sebagai Ehsan
. Rata-rata akui terpikat dengan sikap romantiknya terhadap pasangannya Iffa iaitu watak yang dibawa oleh pelakon Sherry Ibrahim. Adi Putra bagaimana pun berkata, dia tidak menafikan sikap romantik yang ditunjukan di dalam drama 20 episod itu sedikit sebanyak dilahirkan dalam diri sebenarnya.
 "Jika dilihat kembali, Ehsan membawa diri dia sebenarnya. Dia seorang lelaki yang biasa. Cuma dia tak percayakan wanita atas apa yang berlaku (sejarah hitam) di dalam keluarganya. Namun dia percaya cinta yang tulen akhirnya akan membawa kepada kebahagiaan.
 "Mengenai sikap romantik yang ditunjukkan itu, saya susah nak komen. Sebenarnya watak romantik itu sedikit sebanyak adalah diri sebenar saya tetapi tak pastilah kerana sikap yang wujud dalam diri manusia adalah ciptaan Tuhan," katanya kepada murai.com.my.
 Adi Putra ditemui di Tayangan Eksklusif Episod Akhir Drama Teduhan Kasih yang dipertontonkan awal sejam tayangan daripada waktu biasa iaiatu jam 6 petang di Medan Selera, Rasta, Sungai Pencahala, semalam.
 Majlis tersebut yang turut dihadiri oleh pelakon-pelakon utamanya seperti Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Julia Ziegler, Shah Iskandar dan ramai lagi itu telah dikerumuni oleh lebih 2 000 peminat yang membanjiri kawasan tersebut. Pun begitu, Adi Putra mengakui tidak menjangkakan sambutan peminat yang cukup mengalakkan untuk drama tersebut.
 "Terus-terang saya memang tidak sangka yang drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan sebegini. Namun saya akui sambutan daripada peminat agak hebat untuk drama ini sehinggakan saya dikenali sebagai Ehsan berbanding Adi Putra diluar.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog