5 Julai 2013

Posted by jinson on 5.7.13 No comments
Gamat Kecewa, Berhenti Kerja Demi Raja Lawak 7

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2013: Jika dalam entri terdahulu, portal Murai menyiarkan kisah juara Raja Lawak 7, kumpulan Wala yang berhadapan dengan dilema untuk memilih sama meneruskan khidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau merealisasikan impian sebagai pelawak, lain pula ceritanya dengan kumpulan Gamat. Salah seorang anggotanya iaitu Apis atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Abdul Ghani, telah sanggup memperjudikan masa depannya demi mengejar cita-cita dalam persaingan akhir gelanggang Raja Lawak 7 yang menutup tirainya Jumaat lalu. Bekas juruteknik kawalan kualiti di sebuah syarikat marin perkapalan itu telah mengambil keputusan berhenti kerja setelah diberi kata dua oleh bekas majikannya itu. Ini berikutan permohonan untuk Apis mengambil cuti tanpa gaji tidak dibenarkan namun jejaka dari Perak ini telah sanggup memperjudikan masa depannya demi mengejar cita-cita dalam persaingan akhir gelanggang Raja Lawak 7 yang menutup tirainya Jumaat lalu. Hanya berjaya meletakkan diri dan kumpulannya, Gamat, di tempat keempat dan terakhir pada malam final itu, Apis mengaku merasa kecewa dan hampa kerana tidak berjaya menggapai impian untuk menjadi juara Raja Lawak Musim 7. "Kalau teman-teman lain mengalami dilema samada mahu meneruskan karier yang dahulu atau meneruskan impian di bidang ini (hiburan) tetapi saya mengalami dilema yang paling besar. Ini kerana saya telah memutuskan untuk berhenti kerja demi meneruskan perjalanan dalam Raja Lawak Musim 7. "Saya memang kecewa kerana keputusan itu kerana malam ini nasib tidak menyebelahi saya dan pekerjaan saya sebelum ini adalah pekerjaan yang baik. Tetapi saya terima takdir ini kerana itu adalah pilihan saya dan kini saya cuma berharap agar dapat meneruskan karier sebagai pelawak. "Pada mulanya kami (Gamat) yakin untuk mendapatkan tempat tetapi momentum kami semakin lama semakin menurun. Mungkin itu adalah satu sebab idea kami banyak yang kurang menjadi,"ujar Apis dalam nada yang perlahan dan nyata kecewa kerana tidak memberikan yang terbaik ketika final Raja Lawak itu. Pada final Raja Lawak musim ketujuh, kumpulan Wala diumumkan sebagai juara oleh hos RL7, Johan dan Zizan dimana mereka mendapat purata undian sebanyak 50% berbanding Sakan 25% dan sekali gus menjulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 beserta trofi. Bora dan Gamat masing-masing mendapat purata undian sebanyak 13% dan 12 %.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog