4 Julai 2013

Posted by jinson on 4.7.13 No comments
Shahir AF8 Selamat Dalam Kemalangan, Nissan Fairlady Remuk




  Shahir AF8 Selamat Dalam Kemalangan, Nissan Fairlady Remuk



Shahir AF8 Selamat Dalam Kemalangan, Nissan Fairlady Remuk | Shahir Juara program AF8 dilaporkan mengalami kemalangan pada Isnin lalu di lebuh raya Bidor ke Sungkai semasa beliau dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.


Gambar Kereta Nissan Fairlady Shahir AF8 Remuk

Menurut info, kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8 itu, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak. Kemalangan pada pukul 6.30 petang Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro. Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut. Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain. Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog