4 Julai 2013

Posted by jinson on 4.7.13 No comments
Planet Gempak Diserbu 200,000 Orang PengunjungBATU KAWAN, 4 JULAI 2013: Dianggarkan lebih 200,000 orang pengunjung telah membanjiri perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang selamat dua hari untuk melihat sendiri kemeriahan karnival Planet Gempak anjuran Astro yang buat pertama kalinya diadakan tahun ini. Karnival yang diadakan pada hujung minggu lalu iaitu Sabtu dan Ahad telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung selain berkesempatan bertemu barisan selebriti-selebriti hebat tanahair secara dekat. Menggunakan slogan 'Alami Dunia Astro Anda Di Sini', Planet Gempak berjaya menarik perhatian rata-rata pengunjung yang berada di sekitar negeri bahagian utara Malaysia. Antara yang mendapat perhatian adalah lima zon utama yang dibuka buat para pengunjung iaitu Zon Hiburan, Zon Universal, Zon Sukan & Ekstrem, Zon Cilik dan Zon Interaktif. Aktiviti yang menjadi tarikan utama pengunjung sepanjang dua hari berlangsungnya Karnival Planet Gempak adalah pertunjukkan memasak oleh dua finalis MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua Syura dan Celina Khor, permainan papan selaju (skateboard), cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia, watak-watak terkenal antarabangsa (Spierman, Men In Black, Spongebob), dan permainan menarik yang disediakan oleh saluran-saluran menarik Astro. Selain itu, disebelah malam pula para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan konsert hebat gabungan selebriti-selebriti dari peserta Kilauan Emas, program realiti tv Akademi Fantasi dan Raja Lawak seperti Hafiz, Akim, Stacy,kumpulan SayWho, kumpulan Balas, kumpulan Shiro dan ramai lagi! Juga barisan selebriti-selebriti terkenal kegemaran anda seperti Aaron Aziz, Neelofa, Dato' Ac Mizal, Hanis Zalikha dan ramai lagi! Lokasi Karnival Planet Gempak seterusnya bakal menjelajah ke tiga negeri lain selepas ini iaitu Kuantan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur di mana pasti akan memberikan satu pengalaman luar biasa kepada umum terutamanya para pelanggan Astro. Terima kasih tidak terhingga buat mereka yang tinggal negeri-negeri utara tanahair terutamanya warga Pulau Pinang yang sama-sama menjayakan dan memeriahkan Karnival Planet Gempak di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dan jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan lagi Karnival Planet Gempak yang akan menemui anda tidak lama lagi!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog