4 Julai 2013

Posted by jinson on 4.7.13 No comments






Masalah kelemumur sering menjadi rungutan wanita. Kelumumur dikatakan boleh memberikan kesan rambut gugur kepada seseorang. Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air sebelum digosok pada kulit kepala.
Selain menggunakan perahan limau nipis, ada cara lain yang boleh dicuba termasuk menggunakan daun pandan.
Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air.




Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.
Amalan orang lama pula hanya menggunakan santan. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama sejam supaya patinya naik.
Kemudian, barulah ia disapu pada rambut. Balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia membantu untuk melebatkan rambut dan mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog