4 Julai 2013

Posted by jinson on 4.7.13 No comments
KesSahNya: Shila Mengamuk Cantas Neelofa Tuntut Hutang?
Bukan hanya setakat berdepan dengan isu ditangkap khalwat serta putus tunang, isu yang berkait dengan aktor Shahz Jaszle masih tidak selesai apabila pengacara dan pelakon Neelofa dilaporkan menuntut hutang sebanyak RM5,000 daripadanya.
 Namun, mampukah kisah mengenai Neelofa tuntut hutang daripada Shahz Jaszle itu menjuarai Carta KesSahNya? Sedangkan ianya bersaing hebat dengan dua artikel lain iaitu mengenai pemergian ibu kepada Sarah Raisuddin serta dan Shila Amzah mengamuk kerana adiknya.
 Berita mengenai pemergian ibu Siti Sarah yang juga ibu mertua kepada pelawak Shuib telah mendapat perhatian daripada pelayar murai.com.my sehingga meningkatkan jumlah pembaca bagi artikelnya tersebut minggu lalu.
 Selain itu sebuah lagi artikel yang turut bersaing dalam Carta KesSahNya adalah mengenai Shila Amzah yang mengamuk kerana membela adiknya, Shada di laman twitternya apabila segelintir peminat cuba mengecam adiknya  kerana dikatakan berangan sewaktu mengambil trofi kemenangan bagi pihaknya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 pada awal tahun ini.
 Ingin tahu siapakah berjaya menjadi juara carta KesSahNya? Saksikan KesSahNya bersama hos Ieka pada minggu ini. Sementara itu, bagi segmen Seleb Vs GengMurai pula, KesSahNya tampilkan cerita mengenai penyanyi Syura yang baru-baru ini berjaya menjuarai Masterchef Selebriti Musim kedua (MSM2). Artikel mengenai Syura itu dipilih selepas ramai pelayar murai.com.my yang memberikan komen serta memberikan kata-kata semangat dan salah seroang daripadanya telah dipilih untuk dibaca dalam segmen Seleb Vs GengMurai. Jadi, tunggu apa lagi, saksikan espisod terkin KesSahNnya ini di bawah ini.

Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog