1 November 2013

Posted by jinson on 1.11.13 No comments
.
"Saya berada dalam industri muzik ini bukan kerana ingin mencapai anugerah tetapi jika ada, ia satu bonus buat kerjaya saya. "Apabila Botingkek ditarik keluar, saya faham dan perkara tersebut tidak menghalang saya menyampaikan lagu Melayu yang diambil daripada lagu-lagu lain," itu kata Waris seperti yang dilaporkan mStar online.
Sebuah akhbar pada Khamis telah melaporkan, lagu Botingkek yang turut dinyanyikan Juzzthin ciptaan DJ Fuzz telah diciplak sepenuhnya daripada lagu Racks, nyanyian YC dan Future. Hal tersebut membuatkan lagu tersebut ditolak terus daripada dicalonkan bagi kategori Hip Hop dalam AIM.
Bagaimanapun lagu Rembau Most Wanted, ciptaannya sendiri layak ke peringkat akhir anugerah berprestij tersebut.Tambah Waris, keadaan itu langsung tidak menjatuhkan semangatnya apabila ramai peminat sukakan Botingkek selain mesej lirik tersebut juga dianggap sampai kepada pendengar. "Saya tahu ramai yang tidak memahami konsep muzik hip-hop yang menjadikan lagu lain sebagai sampel dalam sesebuah karya yang dihasilkan.
"Mungkin dengan menghasilkan lebih banyak lagu sebegitu pada masa depan akan mengubah persepsi masyarakat mengenai erti ciplak dalam sesebuah muzik hip-hop," tegasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog