1 November 2013

Posted by jinson on 1.11.13 No comments
datuk rahim razali selamat jalani pembedahan otak
Pelakon Datuk Rahim Razali, 71, selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan dalam otaknya kira-kira pukul 8 pagi tadi di Pusat Perubatan Sunway di sini.
Laporan mStar Online memetik, anak kepada seniman itu, Nadia Rahim, 41, berkata, pembedahan tersebut dijalankan selama sejam lebih dan bapanya kini ditempatkan di High Dependency Unit (HDU) iaitu tempat pesakit kritikal yang memerlukan pemerhatian selepas menjalani pembedahan. Nadia dalam kenyataannya mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana ayahnya telah selamat menjalani pembedahan dan ia mengambil proses selama sejam lebih.
Dia kini ditempatkan di HDU. Dia ketika dihubungi sedang dalam perjalanan ke hospital untuk melawat ayahnya yang ketika itu sedang ditemani ibunya, pagi tadi. Rahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway pada Ahad lalu selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang sehingga terpaksa di bawa pulang ke Kuala Lumpur.
Selepas dihantar ke pusat perubatan itu oleh keluarga, pihak hospital terpaksa menahan Rahim apabila ujian sinar X mendapati terdapat kesan darah pada otaknya dikenali sebagai subdural hemorrhage yang perlu dibedah segera.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog