1 November 2013

Posted by jinson on 1.11.13 No comments
trio adik-beradik jonas brothers akhirnya sah dibubarkan
Kumpulan pop rock yang pernah mencetuskan kegilaan remaja di seluruh dunia satu ketika dahulu, Jonas Brothers akhirnya mengumumkan secara rasmi yang kumpulan mereka telah pun dibubarkan. Trio adik-beradik yang dianggotai oleh Kevin, Nick dan Joe itu telah mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan tersebut dan mengumumkan mereka akan muncul secara solo selepas ini.
Dalam satu kenyataan mereka kepada media, Kevin yang mewakili adik-adiknya berkata, mereka mahu membina kerjaya solo namun mengakui bukan mudah untuk berpisah sebagai sebuah kumpulan. “Kumpulan ini telah pun berpisah walaupun sukar untuk kami membuat keputusan itu kerana sebelum ini kami berkongsi segala-galanya," katanya kepada majalah People.
Kumpulan yang berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat ini telah membuat kemunculan pertama pada tahun 2005 dan telah melancarkan tiga buah album iaitu It's All About Time, A Little Bit Longer dan Lines, Vines and Trying Times. Mereka telah mencetuskan fenomena tersendiri sepanjang mencipta nama menerusi saluran kanak-kanak, Disney Channel. Pada tahun 2008, mereka muncul di layar perak buat pertama kali menerusi filem Camp Rock disusuli dengan sekuel filem itu, Camp Rock 2.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog