1 November 2013

Posted by jinson on 1.11.13 No comments
Datuk Rahim Razali
KUALA LUMPUR: “Bapa sudah menjalani pembedahan pada jam 7.30 pagi tadi (semalam). Alhamdulillah ia berjalan lancar serta berjaya. Sekarang dia ditempatkan di wad High Dependency Unit (HDU) di bawah pengawasan rapi doktor selama 24 jam.
Dia sudah mula sedar, tetapi kami (anggota keluarga) hanya dibenarkan melawatnya sekejap sahaja.” Demikian kata Nadia Rahim, 41, mengulas keadaan terkini bapanya, Datuk Rahim Razali, 74, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, petang Ahad lalu akibat penyakit subdural hemorrhage iaitu sejenis pendarahan dalam otak.
Katanya, ayahnya juga mula mahu berbual berbanding keadaan sebelumnya yang bertukar pendiam. “Dia memang kenal orang, tetapi berat untuk berbual. Kalau bercakap pun sedikit-sedikit sahaja. Tapi, mungkin itu terjadi akibat kesan sakitnya. Menerusi pembedahan yang dilakukan, doktor sudah mengeluarkan darah berlebihan yang terdapat dalam otaknya,” katanya. Mengulas keengganan pihaknya membenarkan kehadiran tetamu, Nadia berkata, perkara ini dilakukan atas sebab kesihatan bapanya.
“Kami menghargai niat baik semua pihak yang ingin melawat bapa, tetapi ia perlu dihadkan atas nasihat doktor. Hanya saudara-mara dan rakan artis terdekat dibenarkan melawat. Saya minta maaf kerana tidak membenarkan mana-mana pihak merakam gambar bapa selepas pembedahan. Kami mahu dia berehat sepenuhnya sehingga sembuh,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog