1 November 2013

Posted by jinson on 1.11.13 No comments
izzue islam nafi anak emas showbiz productions
Nama Izzue Islam semakin hari semakin sinonim dengan dunia lakonan apabila melihat kepada kegigihan dan usaha yang dilakukan ahli kumpulan Forteen itu untuk mengasah bakatnya dalam bidang tersebut. Setelah drama dan filem, baru-baru ini dia baru sahaja melibatkan diri dengan teater menerusi pementasan Maduku Kalut. 
Selepas Hantu Kapcai yang diterbitkan Showbiz Productions menjadi antara filem yang menaikkan nama Izzue Islam dalam bidang lakonan, dia bakal muncul di layar perak dalam tiga filem terbitan syarikat produksi yang sama penghujung tahun ini. Timbul desas desus mengatakan bahawa Izzue Islam dikatakan anak emas kepada Showbiz Productions dek kerana bakal tampil dalam tiga filem terbitan syarikat tersebut. “Ini sebenarnya kebetulan yang memihak kepada saya apabila filem lakonan saya akan ditayang secara berturut-turut.
Saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada saya ini,” jelas Izzue yang ditemui ketika majlis doa selamat serta perlancaran 3 filem tersebut di GSC Pavilion baru-baru ini. “Filem-filem ini diarahkan oleh 3 pengarah berbeza dan saya berpeluang menimba pelbagai ilmu. Isu anak emas itu saya harapkan tiada kerana tawaran yang saya terima itu adalah daripada pengarah. Lagipun saya menghadiri casting yang dijalankan dan bukannya nama saya dipilih oleh sesiapa. Saya tidak mahu persepsi diberikan begitu kepada saya.,” jelasnya 
“Begitu juga hal dengan Forteen di mana saya masih bersama mereka dan kami akan tampil dengan album serta mini showcase buat peminat pada awal tahun hadapan,” ucap Izzue Islam lagi. Tiga filem lakonan Izzue tersebut adalah Hantu Tok Mudim, Ular dan Chikaro yang masing-masing akan menemui penonton pada 21 November serta 5 dan 26 Disember depan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog