8 Oktober 2013

Posted by jinson on 8.10.13 No comments
Wawa Zainal Larikan Diri Dari Pihak Pengurusan?
Sebelum kontroversi yang menimpa pelakon comel, Wawa Zainal yang dikatakan sudah berkahwin dengan aktor, Aeril Zafrel tersebar, sebenarnya Admin sudah perasan pelakon utama drama Cinta Qaseh ini sudah pun lama tidak muncul di kaca TV dan acara hiburan tempatan.
 Malah, Admin pernah tertanya-tanya ke mana pergi hilangnya Wawa selepas namanya dijulang sebagai Artis Terbaru Wanita Popular ABPBH 2012 yang lalu? Adakah kariernya semakin merudum sebaik saja menggalas anugerah berkenaan? . Admin dengar cerita lagi, Wawa Zainal juga semakin lesap dan tidak dapat dihubungi oleh pihak media apabila gosip yang kononnya dia sudah bernikah dengan aktor itu jadi bualan masyarakat.
Lebih teruk lagi, Wawa dikhabarkan tidak pernah mengangkat telefonnya dan seolah-oleh seperti mahu melarikan diri. Meskipun Wawa hanya bertindak mendiamkan diri, namun kontroversi mengenainya semakin rancak diperkatakan sehingga dia didakwa sudah pun bersalin anak kepada Aeril Zafrel yang pernah berlakon bersama pelakon Hollywood, Christina Ricci.
 Aeril Zafrel pula hanya bersikap untuk tidak mengulas lanjut apabila diajukan soalan mengenai gosip tersebut dan memberitahu akan menjelaskannya satu hari nanti. Nampaknya jawapan Aeril itu bukan melegakan ramai pihak dan peminat malah menimbulkan banyak spekulasi pula. Namun siasat punya siasat, Admin dengar rupanya Wawa Zainal juga menghilangkan diri tanpa khabar berita dari pihak pengurusannya kini. Bukan sahaja lesap begitu sahaja malah khabarnya dia langsung tidak dapat dihubungi oleh pihak pengurusan yang menjaga segala hal kerjaya lakonannya.
 Apa yang sebenarnya sudah berlaku kepada Wawa Zainal? Admin sendiri tertanya-tanya setelah banyak spekulasi mengenainya timbul. Hanya Wawa dan Aeril sahaja dapat merungkainya. Admin harap segeralah mereka tampil menjelaskan segalanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog