8 Oktober 2013

Posted by jinson on 8.10.13 No comments
Madonna-peluk-Islam/
Mengapa Madonna masih relevan sehingga kini? Kerana beliau pandai mengubah diri mengikut peredaran zaman. Namun perubahan ini tidak terhenti pada kerjaya nyanyian beliau sahaja, kerana Madonna juga sering berubah kepercayaan.
 Penyanyi berusia 55 tahun yang dibesarkan sebagai penganut Katolik itu telah mempraktikkan kepercayaan Kabbalah selama 17 tahun, dan menjadi antara pengikut selebriti terkenal Kabbalah. Kini, Madonna sudah berubah angin, ataupun sudah mendapat hidayah apabila dikhabarkan mula mengkaji agama Islam. Teman lelaki terbaru Madonna, Brahim Zaibat, 25 tahun, merupakan seorang Muslim dan sering bergaduh dengan Madonna kerana perbezaan kepercayaan.
 Kemungkinan ini membuatkan Madonna ingin pelajari dan memahami agama Islam. Madonna turut akui sedang bina sekolah untuk perempuan di negara Islam selain pelajari Al-Quran kerana beliau rasakan ia penting untuk pelajari semua buku agama di dunia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog