8 Oktober 2013

Posted by jinson on 8.10.13 No comments
Pasukan JDT Tewas, Emma Maembong Kena Kutuk
Akibat kekakalahan pasukan JDT (Johor Dahrul Takzim) pada perlawanan menentang pasukan Kelantan minggu lalu dengan keputusan 6-1, pelakon cantik, Emma Maembong telah dicemuh habis-habisan. Sebabnya, Emma dikatakan telah mengeluarkan status di laman sosialnya yang mengundang kemarahan peminat fanatik pasukan JDT.
 Huh, apa status itu? Admin diberitahu lagi, Emma telah menyindir pasukan berkenaan dengan gelaran Jantan Dayus Team. Cop! Emma ni penyokong tegar pasukan Kelantan ke? Selain gelaran tersebut, dalam status berkenaan, ada juga tertera nama pemain pasukan JDT seperti Aidil, Safee, Safiq dan Mat Yo . Ini adalah status yang dikeluarkan Emma (JDT-Jantan Dayus Team) Aidil-Cerai SMS Safee- Kahwin perempuan Indonesia Safiq-Tunang bermesraan dengan artis Mat Yo- Bini kurang ajar
 Apapun, Admin mendapat tahu, disebabkan dikecam dan dimarahi peminat, Emma telah pun mengeluarkan status berkenaan. Pun begitu, Admin diberitahu, status berkenaan bukanlah status asal yang dikeluarkan Emma sebaliknya ia adalah posting yang sudah lama dikeluarkan. Siapa yang mula menyebarkan tidak pula diketahui. Jadi,Admin boleh katakan Emma tidak salah tetapi menjadi mangsa dengan turut sama menyebarkan status berkenaan.
 Apa kes pun, nasihat Admin, artis tempatan perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan status di laman sosial. Ini kerana, dari satu perkataan pelbagai persepsi boleh dicetuskan peminat. Yang penting, dalam kes ini, apa pula respon pemain JDT yang tersenarai tu? Adakah mereka hanya berdiam diri saja?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog