Admin lihat, Party Baby Shower sudah menjadi semakin trend di kalangan selebriti tempatan kita kini. Termasuklah pelakon dan pengacara, Yasmin Hani yang baru sahaja mengadakan party tersebut di Grand Duches, Fraser Place semalam.
Jika terdahulu aktres Fasha Sandha, Rebbeca Nur Al- Islam, Nurul Depp, dan ramai lagi punya tema tersendiri untuk party Baby Shower mereka, Yasmin yang hamil 34 minggu itu juga punya tema yang berbeza untuk menyambut kelahiran bayinya.
Memilih konsep Little Angel Baby Shower, Admin lihat foto-foto yang dikongsi dari laman Instragramnya, party itu diakan dengan penuh meriah dengan dihadiri ramai rakan artis seperti Dynas Mokhtar, Atilia Haron, Ning Baizura, Daphne Iking, Aishah Sinclair dan ramai lagi. Admin dengar, ianya bukan sahaja majlis baby shower semata-mata tetapi Yasmin dan suami Sharin turut mengadakan doa selamat sebelum memulakan aktiviti di majlis itu.
Yasmin Hani comel sekali dengan busana serba putihnya, malah tetamu yang hadir turut memakai baju bertema waran putih. Yelah, kata pun tema Angel kan?
0 ulasan:
Catat Ulasan