8 Oktober 2013

Posted by jinson on 8.10.13 No comments
.
Pelakon baharu Syafiq Kyle mengaku mempunyai hubungan rapat dengan aktres Jue Aziz dan tidak menolak gosip mereka pernah dilihat keluar bersama. Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenarnya Syafiq Shamim Abdul Razak, 21, berkata, hubungan berkenaan tidak lebih daripada seorang sahabat.

 "Saya dengan dia (Jue) memang berkawan. Benar kami pernah keluar bersama dan perkenalan kami bermula selepas saya berkawan dengan pengurus peribadinya. Saya rasa tidak ada apa-apa masalah pun dengan hubungan itu kerana kami hanyalah teman rapat," katanya. Baru-baru ini, Syafiq dikatakan sering keluar dengan Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz, 30. Malah kedua-dua mereka saling memuatkan beberapa foto di dalam laman sosial Instagram.

 Dalam pada itu Syafiq berharap para peminatnya tidak memberi pandangan negatif terhadap pengakuannya itu ataupun melihat mereka keluar bersama selepas ini. Syafiq juga meminta agar diberi sedikit ruang untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadinya kepada umum sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti seni.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog