8 Oktober 2013

Posted by jinson on 8.10.13 No comments
Jovian Mandagie Ukir Sejarah Di Prague Fashion Weekend 2013
Sekadar menjadi handalan di tempat sendiri bukan penentu kejayaan buat label Jovian Mandagie. Kini label ini telah membuktikan bahawa ia bukan hanya jaguh di negara ini tetapi mendapat pengiktirafan daripada luar melalui undangan ke peragaan fesyen Prague Fashion Weekend 2013 pada September lalu.
 Undangan yang ekslusif ini antara habuan yang diraih pereka Jovian Mandagie setelah memenangi gelaran Designer of The Year"di Mercedez Benz Stylo Fashion Awards 2013 March yang lalu. Sebanyak 24 helaian 'Haute Couture' terbang bersama pereka ini dan 'entourage'nya ke kota Prague, Czech Republic untuk dipersembahkan pada persembahan minggu fesyen negara tersebut.
 Sebagai pereka jemputan, Jovian telah tampil dengan himpunan yang terbaik mewakili label couture yang dibarisi seleksi terbaik busana perkahwinan yang diberi nama Sacred by Jovian Mandagie. Diinspirasikan oleh potongan yang asas namun ada keistimewaan seperti structured corset, empire cuts dan mermaid, Sacred diperindahkan dengan sulaman eksklusif daripada Itali. Lebih sleek dan tampak elegan, himpunan ini telah mendapat sentuhan rona-rona asas ilham majlis perkahwinan iaitu off white, white, ivory, cream dan juga champagne.
 Kesemua helaian ini mewah dalam pilihan material terbaik seperti Chiffon Silk, Duchess Satin, Italian Silk dan lace. Himpunan 24 seleksi terbaik Jovian Mandagie ini diperagakan pada 23 September lalu di Prague Fashion Weekend 2013 turut dihadiri oleh pereka kasut ternama dunia yang merupakan kelahiran Malaysia iaitu Datuk Jimmy Choo bersama Presiden Stylo Datuk Nancy Yeoh. Selain daripada Jovian Mandagie, beberapa pereka handalan daripada Eropah turut tersenarai bersamanya sebagai pereka jemputan di minggu fesyen ibu kota Czech Republic itu.
 Antara nama yang kini mendapat tempat seperti Jacub Polanka yang turut mempersembahkan himpunan terbarunya di minggu fesyen tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog