8 Oktober 2013

Posted by jinson on 8.10.13 No comments
Ex-GF Maulana, Ain AF8 Ganti Cinta Adira Untuk Aliff Aziz?
Dalam pada membuat kecoh di #AF2013 semata-mata kerana mainan cinta yang melibatkan adiknya, Aisyah Aziz dan bintang #AF2013, Suhada, penyanyi Aliff Aziz dikhabarkan sedang main cinta pula dengan sahabat baik bekas kekasihnya Adira.
 Difahamkan. kisah cinta baru Aliff Aziz timbul selepas Ain yang juga bintang Akademi Fantasia 8 (AF8) memuat naik gambar mesranya bersama pelantun lagu Sayang-Sayang di laman instagram miliknya itu. Sungguhpun tidak menyatakan sama ada mereka bercinta atau pun tidak, Admin lihat gambar mesra itu dapat dinilaikan sebagai pasangan kekasihnya bukannya pasangan kawan baik.
 Pun begitu, Admin merasa pelik, pengalaman yang berlaku kepada Aliff sebelum ini disifatkan seperti tidak memberi pengajaran buat dirinya. Ini kerana, menerusi gambar berkenaan, Aliff seperti tidak segan memeluk bekas kekasih Maulana AF8 itu.
 Apapun, Admin nak dengar sendiri daripada Aliff adakah benar Ain kini wanita yang bertakhta di hatinya. Yang penting, rasanya mereka sesuai berdua kerana Ain juga cantik dan mata mereka seakan sama.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog