4 Oktober 2013

Posted by jinson on 4.10.13 No comments
Sekadar gambar hiasan/ Pic: mynewshub.com
KUALA TERENGGANU: Polis yakin dapat menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang pekerja kilang kayu di Marang Selasa lepas apabila menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes itu.
 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kesemua suspek berusia 15 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar Marang pada malam kejadian. Beliau berkata polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu daripada seorang remaja berusia 15 tahun yang ditahan itu.
 "Dengan tertangkapnya kesemua suspek dan penemuan senjata ini, kami percaya kes itu dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, polis juga membenarkan dua pelajar tingkatan tiga yang turut ditahan itu menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.
 Dalam kejadian 8.30 malam Selasa lepas, seorang lelaki berusia 20 tahun mati ditikam dalam pergaduhan di Kampung Bukit Parit Marang, dipercayai berpunca daripada masalah berebut teman wanita. Manoharan berkata polis juga telah mengenal pasti wanita berkenaan dan akan memanggil wanita itu bagi membantu siasatan.
 Dalam perkembangan lain, Manoharan berkata polis menemui beberapa petunjuk positif dalam kes pembunuhan pemilik kedai perabot di Kampung Padang Nenas di sini Sabtu lepas. "Berdasarkan tikaman di badan mangsa, kami yakin kes itu bukan berunsur samun semata-mata," katanya sambil memberitahu bahawa gerakan memburu suspek giat dijalankan.
 Sabtu lepas, seorang pemilik kedai perabot rakyat Pakistan ditemui mati dengan 17 tikaman di bahagian depan dan belakang badan, leher, kepala dan tangan selain terdapat 14 kesan kecederaan disebabkan senjata tajam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog