4 Oktober 2013

Posted by jinson on 4.10.13 No comments
.
Bahang persembahan bertenaganya yang memukau penonton di MTV Worldstage Asia masih lagi terasa. Terbaru single Havoc nyanyian Joe Flizzow berjaya menduduki carta iTunes Malaysia sejak dilancarkan pagi semalam.
 Single pertamanya itu akan dimuatkan dalam album terbarunya yang akan datang turut menjadi judul album tersebut. Diterbitkan oleh SonaOne, Havoc juga menampilkan kolaborasi Kartel yang dinamik dengan Altimet dan SonaOne.
 Rentak yang mantap daripada penggunaan 808 drumkit yang popular, ditambah dengan ritma bersahaja daripada 3 penyanyi rap, telah menghasilkan bunyi yang jarang didengar dalam kebiasaan lagu-lagu Melayu. ‘Havoc’ bakal dilancarkan seantara dunia pada 1 Oktober 2013.
 Havoc merupakan kesinambungan yang amat dinantikan kepada album President yang dilancarkan pada tahun 2009 yang lalu. Album ini memuatkan 14 buah lagu yang kesemuanya dalam Bahasa Malaysia dengan sentuhan luar biasa oleh SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin.
 Keluaran terbaru daripada Joe ini juga memperlihatkan kolaborasinya dengan lagenda tanahair, Amy Search dalam lagu Takbir Cinta dan buat kedua kalinya beliau berpadu tenaga dengan penyanyi terkenal Indonesia, Rossa dalam lagu Katakan. “Saya percaya bahawa album ini bakal menawarkan sesuatu yang baru dan dinamik kepada hip-hop Malaysia daripada segi bunyi, bahasa dan gaya.”
 Havoc dijangka muncul pada November 2013.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog