Malahan pelantun Pelangi Untukmu ini menyifatkan wangiannya itu sebagai satu hadiah dan signature untuk peminat-peminat selain daripada album dan lagu-lagunya. "Ini salah satu impian saya. Allhamdulillah tercapai juga. Idea projek ni sejak dua tahun lepas. Saya, suami saya dan pasukan saya memang berusaha keras untuk merealisasikan projek ni.
Tambahan modalnya pun besar, mencecah ratusan ribu ringgit. "Tak dinafi sepanjang proses tu saya memang tertekan sebab banyak perkara yang perlu diperinci bermula dengan nak memutuskan baunya yang bagaimana hinggalah ke strategi pemasaran. Saya memang tidak arif tentang itu. Tapi saya banyak dibantu oleh beberapa rakan kongsi saya.
"Dah 20 tahun saya dalam industri. Jadi saya terfikir apa lagi yang boleh saya berikan pada peminat-peminat saya selain hasil karya seni saya seperti lagu, album dan konsert. Jadi wangian ini adalah signature saya dan buah tangan untuk mereka", kata Ning Baizura ketika ditemui pada majlis pelancaran wangiannya itu sempena pameran galeri seni Swiss Watch bertempat di Pavilion, Kuala Lumur, malam tadi.
Turut hadir, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz sekaligus telah merasmikan pelancaran wangian NING.
Hadir dalam kemasan 100 ml, menurut Ning, wangianya itu diinspirasikan daripada para wanita yang berada di sekelilingnya juga dari bunga-bungaan. Serta disempurnakan dengan kemanisan eksotik yang dilengkapi dengan sentuhan bauan bunga Afrika jingga dan limau mandarin.
"Ada 6 jenis bau seperti bunga Afrika jingga, limau mandarin, bunga honeysuckle dan Jasmine. Semuanya pilihan peribadi saya sendiri kerana saya mahukan wangian ini berbau segar, manis dan tak terlalu kuat baunya."Dari segi rekaan botolnya, adalah idea saya dan pasukan saya dan pasukan saya.
Gabungan hitam dan minyak wangi pula berwarna keemasan adalah idea saya. Sebab saya memang gemar warna hitam dan gold. "Bentuk tulisan 'NING' adalah idea suami saya. Dan simbol bibir tu adalah dari cadangan peminat-peminat saya. Sebelum ini saya ada bertanyakan di Facebook, "kalau sebut Ning Baizura apa yang terlintas difikiran mereka?", ramai yang berikan jawapan bibir.
Sebab tu saya letakkan gambar bibir sebagai trademark.", ujarnya Setaraf Wangian Selebriti Hollywood Sepertimana beberapa selebriti Hollywood antaranya Mariah Carey, Britney Spears dan Victoria Beckham yang mana masing-masing punya keluaran wangian sendiri. Lantas dengan aura elegan dan klasik, NING boleh dikata setaraf wangian dari figura berpengaruh Hollywood.
"Selebriti seperti mereka dah sangat jauh ke hadapan dengan wangian masing-masing. Tapi kalau orang rasa wangian saya ini setaraf antarabangsa, saya perlu naikkan lagi taraf hasil penjualannya. Tak dinafi saingan dipasaran sangat sengit", katanya tidak berasa dirinya kini sebagai usahawan kerana menyedari dia baru saja menceburi bidang perniagaan itu. Berharga RM159.00 (100ml EDP), 'NING' boleh didapati di Pusat Membeli Belah Pakson di Kuala Lumpur, Melaka, Kota Bharu dan Sungai Petani.
Juga boleh didapati outlet bebas cukai seperti di Flying Emporium, Dimensi LCCT, C&F Langkawi dan Emporium LCCT. Sempena pelancaran wangian ini, pembeli berpeluang mendapatkan skaf eksklusif untuk setiap pembelian
.
0 ulasan:
Catat Ulasan