4 Oktober 2013

Posted by jinson on 4.10.13 No comments
Bob Yusof Bangga Mewakili Malaysia di Asia Music Festival
Penyanyi, Bob Yusof atau nama sebenarnya, Mohd Yusrizan Yusof, 32, akui bangga dan teruja apabila diberi peluang untuk membuat persembahan julung kalinya di acara Asia Music Festival (AMF) yang bakal berlangsung di East Wood Valley Golf & Country Club pada jam 6 petang ini.
 Bob Yusof yang merupakan Bintang realiti Akademi Fantasia 2 itu berkata, dia berasa cukup bertuah apabila dapat bersama mengadakan persembahan sebaris dengan penyanyi luar dari serantau negara Asia. "Sebenarnya, saya berasa amat teruja dan bangga apabila diberi peluang untuk mewakili Malaysia ke acara atau konsert peringkat Asia ini.
 Malah, rasa cukup bertuah sekali kerana saya dapat bersama penyanyi-penyanyi dari negara-negara Asia lain dalam acara yang julung kalinya diadakan ini. "Dengan peluang yang diberi ini saya harap, saya dapat ketengahkan muzik tempatan negara kita kepada negara Asia yang lain kerana saya percaya muzik merupakan satu budaya yang dapat menghubungkan kita dengan seluruh dunia "katanya kepada Admin selepas sidang media AMF yang berlangsung di East Wood Valley Golf & Resort, sebentar tadi.
 AMF merupakan 2 hari acara muzik yang menggabungkan pemuzik serta penyanyi dari negara-negara Asia seperti Indoa, Korea, Indonesia, Brunei, Filipina termasuk Malaysia.
 Selain Bob, penyanyi dan band mewakili Malaysia adalah Starlets Band, Hevance Band dan Melissa Francis. Mereka semua merupakan penyanyi yang lahir dan popular di Sarawak. Mengulas mengenai persembahannya nanti, Bob memberitahu dia akan menyampaikan lagu-lagu rakyat dan tradisional selama 1 jam.
 "Selain lagu-lagu pop daripada album saya, saya akan menyanyikan 8 hingga 10 lagu yang turut terdiri daripada lagu Zapin Beradat, lagu rakyat dari Sarawak untuk diperkenalkan kepada penonton yang saya percaya daripada beberapa negara asia lain. "Saya juga turut akan mempromosi 2 buah lagu single terbaru saya iaitu Jangan- jangan dan Yang Bertakhta.
 Apa- apa pun, saya harap saya dapat memberikan persembahan yang terbaik untuk acara ini,"jelasnya Antara pemuzik dan penyanyi dari negara Asia lain yang bakal memeriahkan acara Asia Music Festival adalah seperti Antoney Dassan Yen Party (India), The Foxy Girls (Indonesia), Bembol Rockers (Philippines), V.Star Band (Korea), Boy Thai Band (Thailand), Soesah Tidoer (Indonesia) dan Fakhrul Razi (Brunei).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog