GUAR CEMPEDAK: Runtuhan tebing Bukit Acau Jumaat lalu membimbangkan enam keluarga yang tinggal di Lorong Rasha Belakang Desa Indah 2 di sini kerana runtuhan itu dikatakan semakin besar berbanding sebelumnya.
Admin difahamkan rata-rata penduduk kawasan itu bimbang diancam bahaya selepas kejadian runtuhan kali kedua ini dilihat lebih teruk berbanding runtuhan yang berlaku tiga hari sebelumnya di lima tempat secara berperingkat selepas hujan lebat beberapa hari lalu.
Penduduk, Mohd Nayan Arshad, 60, berkata, runtuhan besar itu berlaku kira-kira jam 2 petang mengejutkan isterinya yang berada di halaman rumah selepas terdengar bunyi kuat dari runtuhan terbabit. “Isteri bergegas lari masuk rumah selepas melihat tanah runtuhan itu terkena pada bahagian garaj kereta dan dinding dapur rumah.
“Kejadian kali ini lebih besar kerana sebelum ini runtuhan itu tidak pernah kena dinding rumah atau garaj kereta menyebabkan saya bimbang diancam bahaya selepas kejadian kedua ini,” katanya. Katanya, tiga rumah yang tinggal berhampiran bukit terbabit memohon perhatian dan tindakan segera diambil pihak terbabit untuk menangani runtuhan itu daripada terus berlaku.
Mohd Nayan berkata, penduduk kawasan ini kecewa kerana tiada tindakan diambil pihak tertentu selepas kejadian runtuhan pertama berlaku walaupun ada pihak berjanji akan mengambil tindakan. Menurutnya, runtuhan besar itu menyebabkan penduduk kawasan terbabit terputus hubungan kerana jalan itu merupakan satu-satunya jalan yang digunakan penduduk untuk ke Bukit Jenun dan Gurun.
“Laluan itu turut digunakan pelajar sekolah dan penduduk dari Kampung Tok Kau, Titi Bom, Setia Jaya dan beberapa kampung berhampiran. “Setakat jam 4 petang semalam laluan ini masih ditutup kerana pihak dari Majlis Daerah Yan (MDY) berjanji akan menyelenggarakan runtuhan itu pada esok (hari ini) tetapi tidak pasti kerana banyak pihak yang berjanji,” katanya
. Sementara itu, Debotnogori 12 September lalu melaporkan berkaitan runtuhan Bukit Acau yang berlaku di lima tempat selepas hujan lebat menyebabkan penduduk di kawasan itu terputus hubungan selepas laluan utama dipenuhi tanah runtuhan.
0 ulasan:
Catat Ulasan