16 September 2013

Posted by jinson on 16.9.13 No comments
Pada 10 Mei lalu, pelakon yang terkenal menerusi drama Sedetik Cinta, Hanez Suraya difahamkan telah terbang ke Terengganu untuk bercuti bersama rakan media dan artis di Pulau Redang. Sepanjang berada di pulau tersebut, pelakon ini telah sempat melakukan aktiviti snorkelling bersama teman-temannya dan sewaktu melakukan aktiviti berkenaan Hanez dilihat telah memakai baju t-shirt putih dan dipadankan dengan seluar lagging rona biru gelap. Nampaknya pakaian yang dipakai oleh pelakon ini telah mendapat kritikan daripada segelintir peminat sehingga ada yang menyuruhnya memakai bikini.

Bagi membidas segala komen tersebut, Hanez telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Twitternya yang berbunyi: Takkan pegi Pulau nak pakai baju kurung? Peliklah yg banyak sgt nak jd baik ni. Judge org Sesuka hati tu dh baik sgt lah tu. Sedihlah #typical Tak kuasa nk layan nyahhh.. Layan nanti xpasal2 sabotaj hahahhaha Apa pun di sini kami lampirkan beberapa foto Hanez Suraya untuk tatapan anda semua.









0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog