KOTA KINABALU, (Bernama) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian. Perdana Menteri berkata bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok hari ini akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan. Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sama ada di negara ini atau di Thailand. "Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia. "Dia tidak mahu jadi warganegara Malaysia, jadi kita tidak ada apa-apa ikatan dengannya sama sekali," kata Najib pada sidang akhbar di sini ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbang sekiranya anggota keluarga Chin Peng memohon untuk melakukan urusan pengebumiannya di Malaysia. "Kerajaan Malaysia percaya urusan pengebumian akan dilakukan di Thailand," kata Najib yang berada di sini sempena sambutan Hari Malaysia Ke-50. Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada kira-kira 6.20 pagi kerana sakit tua, sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21 Okt, 1924. Najib menarik perhatian bahawa keganasan komunis yang dipimpin Chin Peng terutama di era darurat telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban terutama anggota keselamatan di samping beribu yang lain mengalami kecederaan atau kecacatan. "Rakyat juga menderita kerana kemusnahan harta benda sepanjang PKM melancarkan peperangan ke atas kerajaan selain melakukan sabotaj terhadap ekonomi negara," katanya. Pemimpin pengganas yang hidup dalam buangan di Thailand itu pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia, namun ditolak.
16 September 2013
Posted by jinson on 16.9.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
September
(484)
-
▼
Sep 16
(22)
- Friday funnies: shocked celebrity faces
- (GAMBAR) Majlis Cukur Jambul Anak Fasha Sandha & J...
- (GAMBAR) Ella Tunaikan Umrah Bersama Keluarga Terc...
- (GAMBAR) Majlis Pertunangan Bekas Vokalis Estrella...
- (GAMBAR) Lima Peserta Konvoi Motosikal Cedera Dige...
- Jurutol Maut Langgar Penghadang Jalan
- Rakyat M'sia dituduh atur keputusan perlawanan bol...
- Nina Davuluri Miss America pertama berbangsa India!
- Mayat Chin Peng tidak dibenar dibawa pulang ke Mal...
- Penternak Bebas Hukuman Mati Mandatori.
- " My Daughter Live In Fear Of Hubby".
- Chin Peng Lebih Aman Di Bangkok.
- Tebing Bukit Acau Runtuh Lagi
- ‘Takkan pergi pulau nak pakai baju kurung pula?’ H...
- Dompet Aaron Aziz Kena Curi Di Bukit Jalil
- Leina Hangat Berhijab, Enggan Lihat Gambar Lama
- Artis KPop Tertanggal Baju Dalam Ketika Menari
- (GAMBAR) Dada menyembul di Insta, Lana Nordin bida...
- Sesak Nafas Semasa Berbulan Madu-Zahid AF.
- Sah Hamil 6 Minggu- Wan Sakinah Isteri Ke2 Ashraf ...
- Gambar Comel Anak Johan & Ozlynn
- Ex- Malayan Communist Chief Chin Peng Dies In Bang...
-
▼
Sep 16
(22)
-
▼
September
(484)
0 ulasan:
Catat Ulasan