Seorang jurutol yang menyertai konvoi bermotosikal bersama 50 penunggang lain sempena Hari Malaysia, maut selepas motosikal ditunggang terbabas lalu melanggar penghadang jalan di KM261 lebuh raya PLUS, arah selatan, 10.30 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 19 tahun dari Semenyih dipercayai dalam perjalanan ke Port Dickson. Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai bersama 50 rakan lain menunggang pelbagai jenis motosikal berlepas dari Semenyih, kira-kira 10 pagi.
“Setibanya di tempat kejadian, motosikal ditunggang lelaki itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan. “Mangsa yang bertugas di Tol LEKAS Semenyih itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan