5 September 2013

Posted by jinson on 5.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Penerbit dan pengarah tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba mendedahkan selain menerima pelbagai cercaan dam makian beberapa pihak gara-gara penghasilan filem penuh kontroversi, Tanda Putera (yang kini masih lagi ditayangkan di pawagam), beliau juga pernah menerima ancaman bunuh dan ugutan pejabatnya dibakar andai tayangan filem itu diteruskan.
 "Sebenarnya selepas kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan surat nasihat (kepada pawagam), bertimbun maklum balas kami perolehi, samada di laman sosial, email mahupun panggilan telefon. Saya tidak kisah komen, tetapi biarlah bukan menghina atau mencerca.
 "Lebih teruk, ketika pengumuman tayangan filem ini dibatalkan tahun lalu, saya menerima ugutan bunuh. Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan penayangan filem ini. Ada juga yang mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut. "Saya hanya pembikin filem, kenapa memberi reaksi melampau.
 Apabila semakin banyak ugutan sebegitu, saya jadi lali. Saya tidak membuat laporan polis kerana orang sebegitu hanya berani apabila kita tidak mengetahui identitinya. Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera", katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog