Lima bulan menyepikan diri selepas melahirkan putera sulungnya Muhammad Aisy Qaiser, membuatkan pelakon cantik Ayu Raudhah berbelah bagi untuk kembali aktif dalam dunia lakonan. Kata isteri kepada pemain bola sepak Johor, Zaqwan Adha itu, semuanya disebabkan hatinya kini sudah terpaut dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu selain sebagai suri rumah sepenuh masa kepada suami dan anak tersayang. Memberikan tempoh sehingga bayinya itu mencecah usia tujuh bulan, Ayu Raudhah yang ditemui portal murai.com.my semalam berkata, semu itu bergantung kepada dirinya. Malah dia tidak akan pernah menutup sebarang tawaran yang datang kepadanya. "Memang perasaan saya sekarang agak berbelah bagi untuk kembali berlakon kerana sekarang saya sedang seronok menjaga bayi sendiri. Terus terang saya katakan, ianya merupakan pengalaman paling indah dalam hidup saya ketika ini. "Suami saya juga tidak pernah menghalang untuk saya kembali berlakon. Dia juga tidak pernah menyimpan perasaan cemburu jika saya kembali berlakon atau berlakon dengan orang lain, kerana dia seorang yang sangat sporting. "Tapi sebagai isteri orang, saya tahu di mana batas-batas yang perlu saya lalui. Takkan dengan status saya sekarang ini, saya mahu mengambil watak peluk? Itu sama sekali akan saya elakkan dan saya pasti ramai pihak faham dengan status saya sekarang ini," katanya. Ayu Raudhah ditemui portal murai.com.my ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Laugh Out Loud Entertaiment di kondominium mewah Binjai 8 semalam yang lengkap dengan persalinan indah rekaannya sendiri. Tidak hadir keseorangan, dia turut ditemani suami tersayang dan putera sulungnya itu yang telah mendapat perhatian pihak media dan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan. Tambah Ayu Raudhah, buat masa sekarang dia memilih untuk menyusukan badan anaknya itu sehingga waktu yang sesuai barulah dia berhenti berbuat demikian. "Kalau boleh saya mahu menyusukan Aisy sampai bila-bila kerana susu badan banyak faedahnya terutama untuk tumberasan bayi. Tambahan pula, cara ini akan membuatkan bayi lebih dekat dengan ibunya dan berat badan saya juga senang turun. "Selepas bersalin, saya mengamalkan pantang selama 44 hari dan selepas itu saya menjaga rutin makan saya. "Suami pula selalu membantu saya menjaga Aisy. Dia seorang suami yang tahu dengan tanggungjawabnya. Tak payah disuruh, dia akan lakukan sendiri apa sahaja apabila dia tahu saya memerlukan bantuan. "Lebih-lebih lagi sekarang dia sedang menjalani latihan untuk merawat kakinya yang tercedera. Jadi masanya sekarang banyak dihabiskan bersama kami berdua sebaik sahaja selepas rawatan," katanya sambil tersenyum. Sangat bahagia dengan kehidupannya kini, jelas Ayu Raudhah tiada yang lebih sempurna daripada memiliki seorang suami yang penyanyang dan juga bayi yang comel.
5 September 2013
Posted by jinson on 5.9.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
September
(484)
-
▼
Sep 05
(22)
- Kate Moss and Naomi Campbell design shoes for charity
- Shaheizy Sam Terima Hadiah Hari Jadi Dari Fazura?
- Senarai Penuh Pencalonan Anugerah Planet Muzik 2013
- Hati Ayu Raudhah Berbelah Bagi Untuk Berlakon Samula.
- Akhirnya Mahkamah Sahkan Rita Rudaini, Aidil Bercerai
- Ina Naim Berpurdah-Ikut Cakap Suami.
- Fail Notis Terhadap Bapa, Wan Nor Azlin Enggan Ula...
- Pertikaikan Pihak Berkuasa- Yusof Haslam Perjelas ...
- Rancang Borong Barang Hantaran Di London-Rozita Ch...
- Death Railway survivor Dies Ot 91.
- Depp swaps pirates for wild west in 'Lone Ranger'
- J.Lo excuses birthday song for Turkmen leader
- A Guy's Guide Of Thing To Do In Tokyo.
- Almy Nadia Bakal Tersingkir Dalam Super Spontan?
- Melinder Kaur Sahut Cabaran Ratu Dunia 2013 Di Ind...
- Joe Flizzow Busy Jadi Tauke Kedai Gunting Rambut
- Pengusaha restoran cedera parah ditembak
- Dua anggota polis peronda dihukum penjara
- Serena, Djokovic Send Warning Shots To Rivals
- Restaurant Operators Feeling The Heat From Fuel Pr...
- Tak Kan Sorok Hal Kahwin- Remy Ishak!
- Suhaimi Baba Di Ancam Bunuh, Di Ugut Bakar Pejabat.
-
▼
Sep 05
(22)
-
▼
September
(484)
0 ulasan:
Catat Ulasan