5 September 2013

Posted by jinson on 5.9.13 No comments
.
Aktres Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussin memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah semalam, supaya memberi alasan mengapa tidak boleh dipenjarakan berhubung isu penjualan rumah di Taman Keramat.
 Memetik kenyataan di Sinar Harian, peguam Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan pihaknya telah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu.
 Wan Nor Azlin bagaimanapun enggan melayani pertanyaan lanjut berhubung notis yang difailkan. Pada 31 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan permohonan Wan Nor Azlin untuk mengetepikan saman bapanya yang mahu mendapatkan perintah supaya pelakon itu keluar dari rumah berkenaan.
 Wan Mohd Hussin dalam writ saman yang difailkan pada 5 Februari lalu mendakwa, dia ingin menjual rumah yang mereka duduki bersama di Taman Keramat dan mahu defendan keluar dari rumah.
 Namun defendan enggan berbuat demikian kerana ada kepentingan selepas memasang kabinet dapur dan almari pakaian walaupun ia dibuat atas kehendak defendan sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog