5 September 2013

Posted by jinson on 5.9.13 No comments
.
“Saya bertegas sebelum ini kerana ia pertama kali berlaku dan ia melibatkan industri perfileman," ujar Datuk Yusof Haslam berhubung kelantangannya mempertikaikan tugas pihak berkuasa dalam menangani kebocoran filem terbitannya, KL Gangster 2.
 Menerusi program hiburan di sebuah stesen televisyen, Yusof bersama beberapa pelakon KL Gangster 2, meluahkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku ke atas filem itu. Sedikit beremosi ketika itu, Yusof turut mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa yang sehingga kini masih belum dapat menangkap 'dalang' sebenar penyebaran filem itu.
 Akui tertekan dengan apa yang berlaku, Yusof bagaimanapun tidak bermaksud memperkecilkan tugas pihak berkuasa. Jelasnya, sehingga kini hubungannya dengan pihak berkuasa, terutamanya pihak polis masih terjalin dengan baik.
 "Saya berbesar hati apabila pihak berkuasa mengambil serius perkara ini dan saya berharap siasatan ini berakhir dengan segera. "Kita tidak mahu perbuatan keji yang dilakukan dalang ini akan berulang pada masa depan," katanya.
 Dengan nada kesal apabila filem hasil titik peluh anaknya, Syamsul, menjadi mangsa cetak rompak dengan harga RM5, Yusof sangat berharap pihak berkuasa dapat menangani kegiatan itu daripada terus berleluasa. "Saya tahu VCD berkenaan masih banyak terjual di luar sana. Maka saya sangat berharap pihak berkuasa akan membanteras dengan sebaik mungkin.
 "Apa yang berlaku ini adalah satu penghinaan terhadap industri dan ia juga dapat menjadi pengajaran kepada semua penggiat filem supaya terus berhati-hati dalam sebarang urusan," katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.
 Sementara itu dalam laporan berasingan, pihak polis menyerahkan kes mensabotaj filem KL Gangster 2, yang dimuat naik di laman video perkongsian YouTube sebelum tarikh penayangan, kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog