5 September 2013

Posted by jinson on 5.9.13 No comments
Melinder Kaur Sahut Cabaran Ratu Dunia 2013 Di Indonesia
Selepas berjaya dinobatkan sebagai Ratu Malaysia Dunia 2013 pada awal Ogos lalu, Melinder Kaur, 21 kini sedang bersiap sedia untuk menyahut cabaran ke pertandingan peringkat lebih besar iaitu Ratu Dunia 2013 yang diadakan di Indonesia bermula hari ini.
 Selama hampir sebulan, gadis berketinggian 1.67 sentimeter itu telah menjalani pelbagai persediaan intensif termasuk latihan fizikal dan mental untuk benar-benar sesuai bagi mewakili negara merebut gelaran Ratu Dunia 2013 bersama-sama 160 peserta dari seluruh dunia.
 Antara aktiviti yang telah disempurnakan oleh gadis kacukan Cina, Indonesia, Thai, India dan Punjabi berkenaan iaitu kelas pembentukan fizikal, ucapan umum, pembentukan bakat, sesi fotografi dan juga beberapa latihan kemahiran tambahan lain.
 Melinder Kaur telah mengalahkan empat saingan terdekat L'Oreal Mok Shien Leng yang mendapat tempat kedua, sementara Tanisha Kaur (ketiga), Rubine Sabanthan Muthaliyar (keempat) dan Kim Low tempat kelima.
 Bercakap di dalam akhbar The Malay Mail semalam, Melinder berkata pertandingan berkenaan bukan menuntut kecantikan secara fizikal, malahan juga merangkumi segala aspek berkaitan masyarakat dengan alasan yang baik.
 Malah dia sangat bersemangat untuk mewakili negara sesuai dengan konsep 1Malaysia dan untuk itu dia akan menggayakan persalinan istimewa yang mengetengahkan ciri-ciri kebangsaan daripada sebuah pertandingan yang dianjurkan pereka fesyen Von Jolly.
 Persalinan yang diperbuat daripada songet tenunan tangan berbenang emas mewakili budaya Malaysia direka begitu indah bersama potongan langsing mengikut bentuk badan yang memiliki ciri-ciri cheongsam. "Pertandingan Ratu Dunia berkenaan kecantikan dalaman dan luaran dan cara bagaimana kita membalas kembali kepada masyarakat terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan.
 "Saya ingin menjadi duta dunia dan membawa peranan untuk menjelajah seluruh dunia bagi membantu mereka yang tidak bernasib baik," katanya yang telah mendapat perhatian ramai dalam kesemua senarai pertandingan Ratu Dunia 2013.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog