Apabila gosip tentang hubungan cinta mengenai Fazura dan Shaheizy Sam mula tersebar di media serta laman sosial, kedua-duanya tampil menafikan gosip tersebut walaupun ramai yang pernah nampak serta mengesahkan pernah melihat pasangan pelakon itu kelihatan mesra bersama.
Selepas Kisah Cinta yang menampilkan Shaheizy atau Sam dan Fazura sebagai pasangan pemain utama, gandingan itu bersama sekali lagi dalam filem yang telah pun menjalani penggambaran di Turki,
Manisnya Cinta, arahan Bernard Chauly. Hal ini menguatkan lagi kisah cinta keduanya walaupun cuba dinafikan Fazura dan juga Sam.
Baru-baru ini terdengar pula gosip mengatakan Fazura telah menghadiahkan Sam sebuah telefon pintar terkini. Khabarnya Fazura berbuat demikian keranameraikan ulangtahun kelahiran Sam yang jatuh pada 4 September.
Bagaimanapun Sam yang ditemui baru-baru ini menafikan hal tersebut dan menjawab status sebenar diantara dia dan aktres jelita itu. "Mana datang cerita ini? Tak adalah. Kalau hadiah handphone, sudah banyak Sam dapat hadiah seperti itu.
"Bukan sahaja daripada orang perseorangan, malah pihak syarikat telekomunikasi juga beri hadiah telefon pintar. "Jadi janganlah gosip kata dia (Fazura) bagi saya hadiah,"ujar Sam dalam nada malu serta terkejut apabila diajukan soalan berkenaan.
Sam seakan-akan tidak menjawab persoalan tentang status hubungannya dengan Fazura. Bagaimanapun dia sempat berkongsi keperibadian Fazura yang bersahaja dan tidak 'kontrol cun' membuatkan dia selesa berkawan dengannya.
Sam turut menambah bahawa dia bukanlah dalam fasa mengenali hati budi aktres itu, cuma dia senang berada bersama pasangannya dalam drama Kisah Cinta itu. Ditanyakan soal jodoh, Sam akui sudah ingin berkahwin tetapi belum didatangkan calon untuknya lagi.
"Sebagai seorang kawan, saya senang untuk duduk bersama dia kerana sikap dan tingkah lakunya yang bersahaja dan sempoi. "Saya tidaklah mengenali dia 100% tetapi sebagai kawan, dia adalah kawan yang akan selalu diajak keluar.
"Nak cakap pasal kahwin dan jodoh, itu semua bukan kerja saya. "Jodoh ini macam maut, kalau dia datang kita tak tahu. Kalau dicari bagai nak rak pun tetapi bukan itu jodoh kita, maka bukanlah. "Kalau jodoh sudah menjemput saya, nanti saya pastikan akan menjemput anda semua,"jawabnya berseloroh.
0 ulasan:
Catat Ulasan