5 September 2013

Posted by jinson on 5.9.13 No comments


Tahniah Murai Batu ucapkan kepada pasukan Semut Sentap yang menang pada minggu pertama program Super Spontan 2013, Jumaat lalu
. Murai Batu sempat juga melihat kehebatan pasukan Semut Sentap yang dianggotai oleh Johan, Rahim R2, Jep Sepahtu, Nurkhiriah, Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Eko Saywho. Pasukan yang diuruskan oleh Rashid Salleh itu telah berjaya menewaskan kumpulan Ketam Konfius dengan undian SMS, sekali gus dihadiahkan wang tunai RM5,000.
 Wah! Banyak juga. Tapi hadiah kemenangan itu kemudiannya diserahkan kepada badan kebajikan terpilih. Bagaimanapun, kekalahan Ketam Konfius yang dianggotai oleh Yus Jambu, Munir, Almy Nadia, Suhaimi, Along Cham, Nabil Ahmad dan Shuib Sepahtu itu telah memaksa mereka untuk memilih salah seorang daripada mereka untuk disingkirkan pada minggu seterusnya
. Maknanya Jumaat ini lah. Agak-agaknya siapakah yang akan mereka pilih untuk disingkirkan? Murai Batu kurang pasti, tetapi apa yang Murai Batu dengar daripada sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan besar peserta wanita yang akan disingkirkan.
 Siapa lagi peserta wanita kalau bukan Almy Nadia. Ala, sayangnya kalau dia yang tersingkir. Bukan apa, sudah lah peserta wanita hanya dua orang dan mewakili seorang setiap kumpulan, kalau peserta wanita yang tersingkir tiadalah bunga dalam kumpulan itu kan?
 Tapi, apa-apa pun, cerita yang Murai Batu sampaikan ini belum tentu sahih lagi. Kalau nak tahu, sama-samalah kita berdebar menunggu keputusannya pada Jumaat ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog