30 Ogos 2013

Posted by jinson on 30.8.13 No comments
Keadaan suram di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu yang tiada langsung Jalur Gemilang/ Pic: Sinar Harian
GEORGETOWN: Suram seperti jerebu, itulah yang boleh digambarkan terhadap suasana sambutan bulan kemerdekaan di sekitar kawasan pulau negeri ini.
 Tinjauan Sinar Harian di beberapa jalan utama di sini mendapati keadaan tidak langsung meriah dengan kibaran Jalur Gemilang.
 Jalan-jalan utama seperti Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Jalan Persiaran Gurney, Jalan Masjid Negeri dan juga Jalan Tanjung Tokong tidak langsung terpacak dengan bendera negara.
 Pekerja swasta, Yusri Suhaimi, 40, berkata, bendera memainkan peranan penting sama dengan ketika demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 Menurutnya, dia hairan bagaimana ahli-ahli politik sibuk berbelanja untuk memasang bendera parti masing-masing ketika PRU.
 “Namun menjelang merdeka, ulang tahun negara kita sendiri semua sudah hilang semangat untuk menyambutnya. “Sekurang-kurangnya pihak bertanggungjawab kena lebih ke hadapan, ini adalah tanggungjawab mereka untuk mendatangkan rasa semangat kalangan masyarakat,” katanya.
 Bagi warga emas, Rokiah Abdullah, 66, juga berpendapat semangat menyambut ulang tahun negara sendiri semakin pudar.
 Menurutnya, dia sendiri melihat semangat berkenaan semakin berkurangan kalangan belia. “Makin lama makcik tengok orang makin lupa pula pada merdeka.
 Pada makcik, kita kena bersemangat untuk menyambut Hari Kemerdekaan kerana dari situlah rasa cintakan negara akan timbul.
 “Bila cinta dan suka pada negara sendiri barulah ada perpaduan dan kita semua tidak akan bergaduh dan kurangnya sikap hendak salahkan satu sama lain,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog