Pelakon Tony Eusoff memberitahu sifat nakal yang ada dalam dirinya selama ini adalah gara-gara sewaktu kecil dulu dia gemar menonton filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan terpengaruh dengan karakter dan gaya yang sering ditonjolkan dalam filem-filem yang dibintangi Seniman Agung itu.
Malah kata Tony, sifat nakal dalam dirinya itu terbawa-bawa hinggalah ke hari ini. "Pada saya mempengaruhi ramai orang. Beliau mempunyai gaya yang tersendiri, seorang yang sangat terbuka. Semua tu dapat dilihat menerusi filem-filemnya.
Beliau seorang yang tidak berkira. Beliau tulen. "Beliau juga seorang kelakar dan ada nakal-nakal sikit. Saya memang suka menonton filem-filem beliau sejak dari kecil lagi. Dan saya sangat dipengaruhi oleh sifat nakal P.Ramlee.
"Misalnya kalau saya di set penggambaran, saya ni jenis suka mengusik orang-orang sekeliling saya. Maklum lah, kadang-kadang di tempat kerja tu kita rasa stress dengan kerja. Jadi sajalah saya nak huru harakan suasana.
Setidak-tidaknya bila bergurau senda tu kami semua dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama", katanya ketika ditemui pada sidang media Teater Muzikal P. Ramlee, bertempat di KL Pac, semalam.
Kahwin Tiga?
Diberi kepercayaan mengalas watak lagenda agung tersebut, Tony berkata tanggungjawab itu satu tugas berat namun tetap menerima tawaran berlakon sebagai satu cabaran dalam karier lakonannya.
Sebagai persiapan, selain tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh pengarah pementasan kali ini iaitu Melissa Saila, Tony juga membuat modul latihannya sendiri.
"Kalau nak ikutkan masa tu sentiasa tak mencukupi. Tapi apa yang saya buat, selain menjalani latihan bersama pelakon lain, saya membuat modul latihan sendiri iaitu berlatih dirumah.
Saya menonton semula filem-filem beliau dan tu sambil-sambil saya cuba buat gaya-gaya serta karakter beliau.
Kemudian bila dah yakin, saya tunjukkan lakonan saya tu depan pengarah", uajrnya yang menggemari filem seperti Seniman Bujang Lapok, Labu-Labi dan Ali Baba.
Dalam pada itu Tony tidak menolak dia kemungkinan akan dibeza-badingkan dengan dua lagi P. Ramlee iaitu Sean Ghazi dan Musli Ramlee yang menjayakan pementasan sebelum ini. Namun begitu dia berharap penghayatannya kali ini dapat memberikan respon baik daripada penonton seperti sambutan yang diberikan pada dua lagi pelakon berkenaan
. "Saya tengok dua-dua pementasan sebelum ni dan saya enjoy P. Ramlee versi Sean Ghazi dan Musli. Dan kali ini penonton akan saksikan versi saya pula", katanya.
Tony Eusoff dan 'isteri-isterinya' (dari kiri) Elly Mazlein, Datin Tiara Jacquelina dan Nadia Aqilah. Kredit foto Faisol Mustafa
.Selain itu Tony tambah bertuah apabila diapit oleh tiga 'isterinya' nan jelitawan iaitu Datin Tiara Jacquelina yang melakonkan watakk sebagai Norizan iaitu isteri pertama.
Sementara isteri kedua, Saloma dibintangi oleh Elly Mazlein dan Nadia Aqilah sebagai Junanidah, isteri ketiga Allahyarham. P. Ramlee The Musical kali ini akan dipentaskan secara percuma di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching Sarawak sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-50 tahun Sarawak.
Sebanyak dua pementasan akan diadakan iaitu pada 9 dan 10 September dan akan diakhiri dengan dua malam persembahan konsert istimewa Idris Hardi.
Bagi yang berminat untuk menyaksikan P. Ramlee The Musical boleh dapatkan tiket di pintu masuk Pusat Konvensyen Borneo atau hubungi talian 082-415 894 atau 082-235 418.
0 ulasan:
Catat Ulasan