30 Ogos 2013

Posted by jinson on 30.8.13 No comments
Bront Palarae dan Sharifah Amani bakal muncul menerusi filem 'Psiko Pencuri Hati' mulai 5 September ini. Kredit foto Faisol Mustafa.
Siapa yang tidak kenal dengan Bront Palarae, seorang pelakon yang memang cukup dikagumi ramai. Namun begitu, Bront mengakui bahwa sejak dulu lagi dia tidak suka menonton mana-mana filem lakonannya sepanjang bergelar pelakon.
 Jika dia berbuat demikian, akan timbul rasa janggal dan pelik dalam dirinya. "Saya memang jenis tak tengok filem sendiri. Saya rasa pelik bila tengok diri sendiri. Rasa janggal.
 Ini pun saya dipaksa oleh pihak produksi untuk melihat sebahagian filem ini selepas ia siap menjalani suntingan", katanya ketika ditemui pada malam pratonton filem terbaharu lakonannya,
 Psiko Pencuri Hati, bertempat di e@curve, baru-baru ini. Pengarah Paksa Kurus Ditanya mengenai cabaran daalam filem kali ini, Bront berkata dia tidak menghadapi banyak kesukaran berkerja dibawah arahan Namron.
 Cuma dia dituntut supaya menjadi seorang yang sangat kurus sehingga memaksanya berdiet selama enam minggu bagi mendapatkan bentuk badan sesuai. Hasilnya, Bront memberitahu dia kehilangan berat badan sebanyak 8kg.

Kredit foto Faisol Mustafa.
Meskipun ini bukan kali pertama dia perlu melakonkan watak seorang psiko, namun dia bersetuju untuk berlakon dalam filem tersebut kerana ingin lari daripada karakternya dalam Lagenda Budak Setan. "Walaupun ni bukan kali pertama saya bawa watak seoarng yang macam psiko tapi Sidi berbeza sebab saya lari dari karakter saya masa dalam Lagenda Budak Setan dulu.
 Untuk hidupkan karakter tu saya memang tak rujuk pada mana-mana filem. Lagipun, selain saya dipaksa kurus kering, Namron dah cukup 'men-psiko-kan' saya.
 Pada saya, nak berikan kelainan tu tak susah tapi persembahan dan bagaimana nak mendapatkan penerimaan daripada penonton, itu yang susah", katanya Dalam Psiko Pencuri Hati, aktor tinggi lampai ni memengang watak sebagai O.Sidi, seorang penulis novel popular yang menggemari subjek thriller di dalam setiap karyanya.
 Akibatnya terlalu obses, jiwanya menjadi kacau. Filem yang bakal ditayangkan pada 5 September ini turut membariskan pelakon seperti Sharifah Amani, Amerul Affendi dan Syed Hussein Syed Mustafa (Sein).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog