30 Ogos 2013

Posted by jinson on 30.8.13 No comments
Pic: Sinar Harian
BENTONG: Lima mayat mangsa kemalangan bas henti-henti di Kilometer 3.6 Jalan Genting-Kuala Lumpur, Rabu minggu lalu masih belum dituntut ahli keluarga. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mayat yang masih belum dituntut ialah Nagendrarai warganegara Nepal, Itoya Magdaline, warganegara Nigeria dan Arthur Masih, warganegara India. Katanya, dua mayat wanita warganegara Thailand iaitu Komanthid dan Kritravee juga masih belum dituntut ahli keluarga di Hospital Kuala Lumpur (HKL). “Pihak hospital dan polis masih menunggu waris kelima-lima mangsa untuk membawa pulang mayat memandangkan semua urusan bedah siasat sudah selesai. “Waris boleh berhubung terus dengan pihak hospital bagi tujuan tuntutan dan barangan peribadi milik mangsa juga boleh diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong,” katanya. Dalam perkembangan sama, laporan lengkap berhubung kejadian itu masih belum diperoleh dari beberapa agensi dan pihak yang terlibat. Katanya, selepas semua lengkap, punca sebenar kejadian kemalangan melibatkan 37 kematian dan 16 mangsa cedera itu akan dimaklumkan kepada umum.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog