1 September 2013

Posted by jinson on 1.9.13 No comments
Kredit foto Danish Haikal.
Dalam pada kita semua menanti tayangan filem yang disebut-sebut bakal meraih kutipan pecah panggung luarbiasa, KL Gangster 2, alih-alih pada Rabu lalu industri filem tempatan dikejutkan dengan berita, filem arahan Syamsul Yusof itu telah disabotaj!
 Selain daripada Syamsul yang sangat kecewa dengan insiden tersebut, sudah pasti bapanya juga iaitu penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam yang melahirkan rasa marah sekaligus menyifatkan kegiatan haram berkenaan sebagai perbuatan sabotaj yang kecam dan amat menjijikkan.
 "Ini pertama kali perkara begini terjadi dalam sejarah filem Melayu. Tinggal sebulan saja lagi filem ini akan ditayangkan tapi ia telah dicetak rompak. Walaupun hanya 50% filem itu telah disebarkan yang mana ianya belum pun menjalani apa-apa suntingan tapi insiden ini memberikan kesan yang sangat besar pada kami.
 Ini satu perbuatan sabotaj yang kejam dan menjijikan! "Sebenarnya daripada awal lagi saya dapat rasakan akan berlaku perkara seperti ini.
 Ketika Syamsul di Bangkok lagi untuk proses suntingan, dia ada menghubungi saya, katanya, "Papa, sekarang ni dunia digital. Jadi kita kena pastikan tak ada pihak yang cuba bocorkan di internet", kata Datuk Yusof Haslam dengan nada kesal.
 Beliau ditemui pada satu sidang media khas bagi menghuraikan kes membabitkan filem anaknya itu, bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), petang semalam.
 Namun begitu Yusof menegaskan pihaknya tidak akan berdiam diam diri dan tidak berputus mengesan siapakah yang tergamak melakukan perbuatan cetak rompak ini. Tindakan tegas akan diambil dan pihaknya akan mengheret penyangak digital terbabit ke muka pengadilan tanpa kompromi.
 Malah beliau mahu menyaman individu tersebut dengan jumlah jutaan ringgit. "Kepada mereka yang melakukan perbuatan cetak rompak ni, kalau mereka rasa mereka bijak menggunakan internet, mereka kena ingat pihak berkuasa juga punya cara untuk mengesan perbuatan mereka.
 "Pihak kami sedang mengumpul bukti dan setakat ini sudah ada beberapa petunjuk tentang dalang tersebut namun kami tidak menuduh secara melulu, biar pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka.
 Saya akan pastikan perompak itu dibawa ke muka pengadilan tanpa kompromi dan saya akan saman pihak terbabit dalam jumlah jutaan ringgit!", tegasnya yang turut memaklumkan perkara ini sekarang dalam siasatan polis.
 Tetap Tayang 3 Oktober Dalam pada itu Yusof berkata KL Gangster 2 akan tetap ditayangkan 3 Oktober ini. Meskipun beliau mendapat nasihat daripada pelbagai pihak termasuk Menteri di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek yang menyarankan agar filem itu ditayangkan awal daripada tarikh sepatutnya, namun Yusof enggan berbuat demikian.
 "Filem ini tetap akan ditayangkan pada 3 Oktober dan kita akan jalankan agenda promosi seperti yang telah dirancang bersama rakan kongsi Grand Brilliance. Datuk Shabery ada menghubungi saya dan beliau sarankan agar tayangkan awal.
 Kalau ikutkan pun pihak pawagam boleh membenarkan kami menukr tarihk tayangan memandangkan ini special case. "Tapi saya tidak mahu dan tidak tergamak untuk berbuat begitu kerana saya menghormati produser-produser lain yang sedang menantikan tayangan masing-masing.
 Saya juga menghormati syarat wajib tayang. InsyaAllah kalau ada rezeki, filem ni tetap akan mendapat sambutan. KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011.
 Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem ini juga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia da sebanyak 7 pawagam di Singapura.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog