Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam memberitahu keadaan anaknya, Syamsul cukup tertekan dengan kejadian karya ke lapan arahannya, KL Gangster 2 yang telah dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Yusof, sejak hari pertama mendapat berita tersebut pada Rabu lalu, Syamsul tidak boleh tidur sebaliknya dia hanya duduk di depan komputer kerana mahu memadamkan setiap link yang tersebar di laman-laman sesawang.
"Sebagai pembikin filem, Syamsul cukup kecewa. Semasa tahu dia tahu tentang berita ni, dia hubungi ibunya dulu. Kemudian dia hubungi saya. Saya jumpa dia dan saya peluk dia. Saya beri dia semangat. Saya katakan padanya, walau apapun yang terjadi, saya akan tetap sentiasa menyokong dia.
"Sejak hari pertama dia dapat berita ni dia tak boleh tidur. Dia jaga internet. Dia pun aya tengok dah bertambah kurus", katanya ketika di sidang media khas bagi menghuraikan isu filem KL Gangster 2 telah dibocorkan di internet.
Dalam pada itu ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail yang turut hadir pada sidang media berkenaan juga sempat memberitahu, Syamsul asyik mengurungkan dirinya di dalam bilik.
"Dia asyik berkurung dalam bilik. Katanya dia nak berjuang habis-habisan. Dia nak padamkan link-link yang keluar di internet", katanya. KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011.
Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem inijuga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura.
0 ulasan:
Catat Ulasan