9 Julai 2013

Posted by jinson on 9.7.13 No comments
Tiz Zaqyah Rakam Lagu Together Dengan SleeQ, Zain Saidin Sebelum ini korang dah banyak kali dengar cerita yang pelakon Tiz Zaqyah boleh menyanyi dan pandai menyanyi dan mempunyai suara yang sedap sebagai penyanyi. Ini dibuktikan lagi menerusi kemunculan beberapa video Youtube yang menyaksikan Tiz Zaqyah membawakan seperti Rolling In The Deep dan SOmeone Like You yang diiringi petikan strumming gitar daripada pelakon, penyanyi dan pemuzik, Aqasha. Bukan nak bagi Tiz Zaqyah kembang, tapi secara peribadi Murai Batu sendiri rasa naik bulu roma bila dengar Tiz Zaqyah nyanyi sebab suara dia memang sedap. Ditambah pulak dengan vokalnya yang husky tetapi besar, lantang dan ada weight. Memang sesuailah untuk dia membawakan lagu-lagu yang besar rangenya. Murai Batu selalu harap yang Tiz Zaqyah akan menunjukkan bakatnya sebagai penyanyi rakaman. Tapi, siapa sangka suaranya kini sudah boleh didengar di dalam program Oh! My English. Chop. Chop.. chop, apa yang Murai Batu nak katakan di sini, bukan Tiz Zaqyah tu akan bertukar daripada profesion sebagai seorang guru kepada penyanyi di dalam siri berkonsep education hiburan yang digemari ramai itu. Sebaliknya, nyanyian Tiz Zaqyah akan dapat didengar menerusi muzik video Together yang menggantikan muzik video Oh! My English nyanyian Liyana Jasmay featuring Altimet sebelum ini. Namun, Tiz Zaqyah tidak keseorangan, sebaliknya dia akan turut berpadu suara dengan SleeQ serta Zain Saidin di dalam lagu Together yang berkisar isu penyatuan ini. MURAIBATU: Tak sabar tunggu berita Iram penyampai radii Era Fm melahirkan baby pertamanya.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog