9 Julai 2013

Posted by jinson on 9.7.13 No comments
MeleTOP Tampilkan Kisah Tomok Popular Dengan KeekersSelain facebook dan twitter, laman sosial Keek juga turut menjadi satu medium atau platform yang mampu mendekatkan seseorang selebriti dengan peminat mereka. Penyanyi Tomok yang juga vokalis kumpulan New Boyz adalah antara selebriti yang sentiasa aktif berinteraksi dengan peminat-peminatnya atau pengikut Keekers menerusi video-video yang dikongsi di laman sosial Keek. Antara video yang sering dikongsi oleh Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan di akaun peribadi Keeknya adalah mengenai perkembangan anaknya, Arrianshah Akid. Eksklusif buat peminat MeleTOP, Tomok bakal berkongsi pelbagai video Keeknya bersama penonton MeleTOP. Malah, Tomok juga bakal berkongsi mengenai perkembangan terbaru. Lebih istimewa, Tomok bakal membawakan lagu Aku Datang khas buat penonton MeleTOP. Jadi jangan lupa untuk terus menyokong dan menonton program MeleTOP yang penuh sensasi dan 'trendy' dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa setiap hari Selasa, jam 10.00 malam di Astro Ria (104). Buat tatapan peminat semua, portal Murai turut menyelitkan salah satu video Keek menarik tentang anak Tomok di bawah ini. Selamat menonton....
kita masuk tido...-Arrian-
Jun 15, 2013| Source: Keek.com
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog