9 Julai 2013

Posted by jinson on 9.7.13 No comments
Menjelang Ramadan, Fazurina Mahu Berdamai Dengan Ibu Murai Batu adalah antara makhluk yang paling teruja acapkali menjelangnya Ramadan saban tahun. Ini kerana di bulan yang penuh berkat ini, pelbagai kebaikan dapat kita peroleh sekiranya kita betul-betul komited dalam mencari keredhaanNya di samping menjalankan ibadah dengan sempurna. Dalam pada itu, Murai Batu seperti biasa meneruskan rutin harian iaitu membelek akhbar harian untuk mengetahui perkembangan terbaru dalam industri hiburan kita Antara yang menarik perhatian Murai Batu ialah dalam ruang RAP Harian Metro hari ini iaitu aktres Siti Fazurina mahu berdamai dengan ibunya selepas segala kontroversi yang berlaku dalam keluarga mereka penghujung tahun lalu. Siti Fazurina Mohd Famir, 31, yang mula dikenali ramai menerusi siri drama Anita sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila berkahwin dengan pilihan hatinya, Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tanpa restu keluarganya pada 20 Disember 2012. Mereka kemudiannya telah diarahkan bernikah kembali pada Mac lalu apabila pihak mahkamah mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan Hykal tidak sah mengikut hukum syarak direstui keluarga. Tindakan pasangan ini telah menyebabkan berlakunya pertelagahan antara Fazurina dengan keluarga terutama ibunya. Lalu menjelang Ramadan ini, aktres tersebut ketika bicaranya dengan RAP Metro berkata dia mengharapkan keajaiban berlaku sempena kedatangan Ramadan yang penuh keberkatan ini sekali gus hasrat untuk menjernihkan hubungan antara dia dan ibunya yang terputus sejak Nina mendirikan rumah tangga dimakbulkan Allah SWT . Untuk mengetahui lebih lanjut tentang harapan Fazurina sepanjang Ramadan tahun ini, pembaca semua bolehlah membaca sendiri di ruangan RAP Harian Metro hari ini. Murai Batu cuma boleh berharap niat baik Fazurina ini akan berjalan lancar dan semoga ketibaan Syawal tahun ini akan memberikan kebahagiaan yang lebih baik buat mereka sekeluarga. MuraiBatu: Ada teman ajak berniaga di Bazar Ramadan, tengah fikir-fikirkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog